Thursday, December 16, 2010

Warna Lambang Emosi




Apakah warna kegemaran anda? Adakah warna-warna gelap dan kusam. ? Atau warna-warna cerah lagi ceria? Apa pun warna baju anda, semunya memiliki makna tersendiri kerana ia berkait rapat dengan emosi yang sedang anda rasai.






Hasil penyelidikan University Hospital South Manchester, United Kingdom, mendapati warna hitam dan kelabu melambangkan depresi dan stress yang dialami oleh pemakainya. Sedangkan hijau menunjukkan individu tersebut sedang bersedih atau cemburu. Manakala kuning mewakili perasaan ceria dan bahagia.






Ketua kajian Dr. Peter Whorwell, menjelaskan keputusan itu diperolehi daripada 520 responden, iaitu 300 individu sihat dan bebas stress manakala selebihnya individu yang mengalami depresi.






Bagi mendapatkan keputusan yg tepat, kajian tersebut telah menggunakan Manchester Color Wheel yang memaparkan beraneka warna dan meminta para responden untuk memilih satu warna yang mencerminkan emosi mereka pada masa itu.






Hasilnya, para responden sihat memilih warna kuning. Sedangkan responden depresi memilih warna hitam dan kelabu yang melambangkan kegelapan, kesengsaraan dan kecelaruan fikiran.


# jadi elak-elakkan lah memakai baju itam dan kelabu yak!





nak tau warna diri klik kat sini



6 comments:

akuanakpahang said...

Warna blog kita hijau kekuningan tanda ceria laa tu yak :)

sahromnasrudin said...

saya suka merah kuning huhuhuh

cemomoi said...

hijokan warna yang menenangkan...

shaheila malek said...

sy suka kuning :)
hijau warna pilihan nabi..

iniialahaku said...

almak.... aku dlam keadaan depressionla..huhu..tpi dah minat wana itam cmna ni??2nd kale biru n ijau

hans said...

den suka pakai baju hitam tapi den xstress
tgok blog den
colourful
ekekekek

P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans