Showing posts with label hitam. Show all posts
Showing posts with label hitam. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Warna Lambang Emosi




Apakah warna kegemaran anda? Adakah warna-warna gelap dan kusam. ? Atau warna-warna cerah lagi ceria? Apa pun warna baju anda, semunya memiliki makna tersendiri kerana ia berkait rapat dengan emosi yang sedang anda rasai.






Hasil penyelidikan University Hospital South Manchester, United Kingdom, mendapati warna hitam dan kelabu melambangkan depresi dan stress yang dialami oleh pemakainya. Sedangkan hijau menunjukkan individu tersebut sedang bersedih atau cemburu. Manakala kuning mewakili perasaan ceria dan bahagia.






Ketua kajian Dr. Peter Whorwell, menjelaskan keputusan itu diperolehi daripada 520 responden, iaitu 300 individu sihat dan bebas stress manakala selebihnya individu yang mengalami depresi.






Bagi mendapatkan keputusan yg tepat, kajian tersebut telah menggunakan Manchester Color Wheel yang memaparkan beraneka warna dan meminta para responden untuk memilih satu warna yang mencerminkan emosi mereka pada masa itu.






Hasilnya, para responden sihat memilih warna kuning. Sedangkan responden depresi memilih warna hitam dan kelabu yang melambangkan kegelapan, kesengsaraan dan kecelaruan fikiran.


# jadi elak-elakkan lah memakai baju itam dan kelabu yak!





nak tau warna diri klik kat sini