"Jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh ke waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh ke waktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada di dalam keadaan sihat sebagai persediaan di waktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati".
(hadis riwayat Al-Bukhari)

Tuesday, January 5, 2010

Joging dalam hujan di Taman Bandar..

Baru-baru ni siap beli kasut baru sebab nak joging kat taman bandar. Bila sampai taman bandar hujan turun begitu lebat sekali. Oleh kerana dah berniat nak joging maka diteruskan jugaklah walupun hujan. Tapi aku joging dlm keta je sebab sayang kasut baru hehe..



9w2HTA (nita) dgn gayanya tersendiri

lari jgn tak lari

Aca & ajim yang keletihan dan kebasahan..

Adengan sepanjang beberapa hari di tahun baru 2010

Sebelum: Semasa krisis gula baru2 ni, oleh kerana susah sgt nak dapatkan bekalan gula maka aku pun buat je lah "puding tanpa gula" dan inilah hasilnya..

Selepas:Kurangkan manis dlm masakan/minuman lebihkan manis dalam senyuman:

Sebelum:

Semasa: Boring jer muke..

Selepas: Barulah ada gaya nak ke sekolah..

Ajim dgn ayam gorengnya..

aca dgn roti canainya..

Wednesday, December 30, 2009

SeLamaT TaHun BaRu 2010




detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan tlah mengusung byk cerita, suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,kini tahun baru tlah menyambut kita, saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kesuksesan, kita buka lembar kisah baru dengan SEMANGAT dan KECERIAAN

Selamat menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua sahabat dan kaum keluarga, mohon ampun dan maaf dengan apa yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, semuga tahun mendatang akan menambah keberkatan buat kita semua...

Wednesday, December 23, 2009

payahnya nak tdo mlm ni...




Tak tau nak buat apa malam ni...cuma nak bgtau bear kesayangan aku ni...kalau takder bear ni mmg tak lena tdo.

Tuesday, December 22, 2009

rase pernah jumpa?


Malam tadi aku gi tgok wayang kat EC Mall dgn harmonik dan 9w2HTA. Mula2 ingat nak tgok 2012 tapi dah abih rupenya..Maka terpaksalah tgok Avatar jer, mcm tak best jer cite tuh..
Aku sampai sana jam 9 mlm cite nak mula jam 9.15 mlm. Masa tu aku terpandangkan kelibat seseorang yang mcm kenal sangat kat dia, mcm pernah tgok..tapi kat mana ya? Puas aku memikirkannya, dimanalah aku jumpa org ni..dia mmg tak kenal aku, itu aku tak kisah, cuma aku heran gak ni manalah aku jumpa org nih...jeng..jeng..jeng...
Seorang lelaki dlm lingkungan 50 tahun berbadan gempal, berambut lurus bersikat rapi ketepi, bila berjalan agak berlenggang lengguk gitu..Bersamanya dua jejaka tampan berumur 20an, nampak mesra, pada mulanya yang kusangkakan anak2nya. Habis kat situ jer bila cite dah nak mula dia terus menghilang bersama teman2 mesranya itu.
Bila cite abis jam 12mlm aku bertembung lagi dengan mereka, mulalah aku terfikir semula kat manalah aku jumpa org ni...
Ptg ini masa aku mengadap komputer kat pejabat, barulah aku teringat semula siapakah gerangan lelaki yang aku jumpa malam tadi..Ya..sah memang dia, dalam komputer inilah aku jumpa dia ..kisah peribadinya yang tersebar luas di internet yang cukup memalukan..laa rupanya dia yang aku jumpa...

Friday, December 18, 2009

Sambutan Maal Hijrah 1431 dan Khatam Al-Quran anakanda Asyraf pada 18.12.2009

SeLaMat TaHun BaRu Maal HiJrah 1431 kepada semua semuga tahun baru ini membawa seribu keberkatan buat kita semua dan kebahagiaan di dunia & Akhirat. Sempena sambutan Maal Hijrah cekwa telah mengadakan sambutan maal hijrah dan Khatam Al-quran anakanda Asraf yang telah diadakan di rumah bonda di Kg Kerayong semalam.Gambar-gambar yang sempat dirakamkan kerana kesibukan melayan tetamu yang hadir.




Majlis Doa Akhir Tahun Sempena Maal Hijrah

Bacaan Yasin dan Doa Akhir Tahun sempena Maal Hijrah di rumah ayahanda bonda di Kerayong pada 17.12.2009 .