Monday, September 18, 2017

Empangan Batang Ai lokasi menarik untuk pelancong.

Salah satu tempat menarik berhampiran Lubuk Antu adalah Empangan Batang Ai. Ianya sebuah empangan hidroelektrik yang merentasi Sungai Ai, Sarawak. Stesen ini dikendalikan oleh Sarawak Energy Berhad. (SESCO). Selain membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di negeri ini, empangan ini juga mengwujudkan peluang kegiatan ekonomi bagi penduduk setempat. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah penternakan ikan sangkar talapia merah dan patin. Terdapat juga resort yang menjadi tarikan utama pelancong bagi menikmati keindahan alam semulajadi.


Pintu masuk ke Batang Ai Hydro Power Station.

Jernih, biru menghijau warna air di empangan ini.

Tenang dan damai melihat keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara.



Cuaca kurang panas hari ini seronok anak-anak melompat kegembiraan.

Jambatan gantung.

Sangkar-sangkar ikan di tengah-tengah sungai yang menjana peluang ekonomi penduduk di sini.



Ros dan Cekwa sempat mengabadikan kenangan di empagan ini.

Ton dan Ros serta anak-anak Ros yang comel.


Menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.





 Aktiviti lain yang boleh dijalankan di sini ialah melawat ke rumah panjang, mandi-manda di air terjun, memancing dan 'jungle trekking'. Selepas ini Cekwa akan bertolak pula ke rumah panjang rumah saudara Ros untuk melihat sendiri keunikan Rumah-rumah panjang di Sarawak.

No comments: