Friday, December 10, 2010

~SelaMaT PenGanTin BaRu

Jumaat....barulah arini dpt jenguk-jenguk sini, kerja terlalu banyak, tak lepas tangan orang kata..setiap detik dirasakan begitu cepat berlalu...baru nak mula kerja, tup..tup dah jam 5 petang, begitulah seolah-olahnya masa berlalu...Tapi bila kerja begini, setiap masa yang berlalu tidak terbuang begitu saja, dapat dimanfaatkan sepenuhnya...

Harini 4 Muharram 1432H. Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Awal Muharram kepada semua yang sudi menjenguk Blog Cekwa ni. Semuga semuanya tak terlupa untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun, doa dariku semuga hidup ini dan rakan sekelian di berkati Allah swt. Dalam kesibukan menjalani hidup ini jangan lah kita lupa agar sentiasa mengingati Allah selalu. ( Mengingatkan diri sendiri sebenarnya)...

Bulan Disember ni ramai sungguh pasangan yang diijab kabulkan. Alhamdulillah..doa dari Cekwa kepada pasangan-pasangan ini agar bahagia Dunia dan Akhirat! Oleh kerana terlalu banyak majlis jemputan dan yang tak dapat pulak hadir, maka hanya doa ajelah yang dapat dikirimkan kepada pasangan pengantin.....

"Dari setinggi-tinggi dan seluas-luas kasih sayangMu.
kau limpahkanlah Rahmat dan keampunan kepada
pasangan suami-isteri ini.
Berkatilah majlis yang diadakan dari permulaan hingga pengakhirannya.
Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.
Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa
yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan
di dunia hingga akhirat kelak.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah dan taufiq dan hidayahMu.
Beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak."

.............Amin Ya Rabbal Alamin.............

SelamaT PengantiN BarU......

6 comments:

akuanakpahang (AAP) said...

Selamat pengatin baru dan salam maal hijrah juga drp saya.

Cik SHiNJU said...

X dpt hadir xpe,
kirimkan doa dr sane jek..:)

9W2URY said...

betul lah, kat M'sia ni mcm2 musim ada.... musim org kahwin pun ada...

zulkbo said...

salam..
semoga di berkati Allah jua
pasangan yang melangsungkan
perkahwinan mereka dan di kurniakan
anak-anak yang soleh..

Che Mid said...

Tahniah juga kepada ibubapa yang punya anak yang dicepatkan jodohnya, moga cepat dapat cucu pulak..

abu muaz said...

tahniah,,, bagus mereka berkahwin insyaallah selamat dunia akhirat.