Thursday, September 2, 2010

Berbuka di Tg Lipat yang indah.

Lama betul tak menjenguk ke sini rupanya....kesibukan waktu di pejabat langsung tidak memberi peluang untuk menjenguk blog cekwa ni.....Tiba di Sabah ni sebelum puasa dulu dan sekarang puasa dah nak habis barulah ada peluang..

Selama hampir sebulan berpuasa di rantau orang ni takde apa yang menariknya..cuma rasa sedih sikit sebab pertama kali bersahur, berpuasa dan berbuka sorang-sorang. Walaupun berseorangan di rumah tapi aku lebih suka memasak sendiri apa yang ada, kata orang cincai-cincai ajelah...janji sodapppp...

Pertengahan puasa yang lalu dapatlah sekali berbuka dengan teman-teman di sini. Maklumlah orang baru belum dapat rodong-rodong lagi kat sini yang kebanyakannya cikgu-cikgu belaka, hinggakan aku sendiri pun orang panggil cikgu. Sambil berbuka sempatlah merakam suasana petang yang damai di Tg Lipat. Moh la kita layan gambo-gambo semasa berbuka di KK aritu.





Kami tiba seawal 5.15 petang di Tg Lipat yang berlatar belakangkan Bangunan Yayasan Sabah di tepi pantai.



Jam 6.02 petang makanan pun dah sampai.




Jam 6.21 dah hampir nak berbuka, waktu berbuka di KK ialah 6.26 petang awal 1 minit dari Beaufort.



Semasa berbuka 6.31 petang.




6.34 petang.








Boleh di katakan sedap jugaklah makan kat sini terutama sayap atau kepak ayam yang sungguh menyelerakan, cuma harganya agak mahal di sini berbanding Kuantan, makan bertiga pun dah hampir RM100.00 malam tu. Apapun tak kisah semua tu sesekali apa salahnya, tapi kalau hari2 rabak jugak poket kan hehehe........
Oleh kerana asyik menengok ke panorama di waktu berbuka yang indah tu, terlupa lah pulak nak ambik gambo sendiri, sebab tu takde pun gambo koi di sini......sekian......

6 comments:

relevan said...

Sedap berbuka..guane bila aok nak balik kampung?.

cemomoi said...

amboih comei panorama ter, maunya terlupa nok makan sedap ngat menikmati pemandangan ter

Jejaka Desa said...

Omboih weh...Bahan berbuke tepi laut...

akuanakpahang said...

Awal yeek deme berbuka disana keknya hari supe sini juga jam aje awalnya.. lawa amat panoramanya disana yeek..selamat hari raya maaf zahir dan batin. (kawan nak copy gambo tu lawo ngat weh)

zulkbo said...

Tahun lepas beraya di kedah
tahun ini beraya di jengka
puasa sudah zakat pun sudah
beraya kita hindari prasangka

Lupakan sengketa bermaafan
dari hujung rambut ke hujung jari
halalkan kata-kata mana yang termakan
sesama muslim jauhi cakar-mencakari

sahromnasrudin said...

salam..sila ambil kad raya sy utk cekwa di entri terbaru sy