Tuesday, August 17, 2010

Apa kabar Semua.....!!!

Alhamdulillah..selamat mendarat di bumi Sabah jam 1.00 tengahari pada 5 Ogos yang lalu.

Semasa sampai di KK aku telah disambut oleh kakitangan jabatan dari Beaufort, seterusnya dibawa ke pejabat yang bakal ditempatkan di Rumah Persekutuan Daerah Beaufort. Segala kebimbangan berseorangan di sini akhirnya terubat apabila mendapat layanan yang sungguh baik dari kakitangan jabatan ini.

Dua hari menginap di hotel sementara menunggu untuk mendapatkan rumah sewa yang sesuai. 7 Ogos akhirnya mendapat rumah yang telah dilengkapi dengan perabot, jadi tak perlulah nak bawak barang-barang dari semenanjung.

Beberapa hari jugak tidak boleh tidur, mungkin beralih angin orang kata.

Mula bertugas pada 9 Ogos 2010 (Isnin) tidaklah rasa terasing kerana semuanya amat ramah dan selalu bertanya kabar. Cuma sedikit masalahnya agak sukar sikit untuk memahami bahasa yang agak asing di sini. Teringat pulak mcm tengah menonton cerita Indonesia. Dari perbualan mereka memaklumkan pelbagai bangsa ada di jabatan ini iaitu Bisaya, Bajau, dan paling ramai Brunei. Memang bermacam-macam bahasa jugalah yang kadang2 tidak dapat di fahami. Tapi syukur mereka ini selalu menerangkan kepada ku apa sahaja sebutan yang agak pelik sikit. Jadi tak merasalah nak cakap bahasa koi, kome dah kat sini.

Begitulah cerita ku setakat hari ini....hanya harini dapat membuat sedikit catatan maklumlah memandangkan kerja di sini agak banyak..Sekian dulu dariku yang jauh.......

Terima kasih kerana sudi menjenguk diri ini..........(mcm sedih jek bunyinye......)

6 comments:

sahromnasrudin said...

salam cekwa..semoga cekwa sihat dan berbahagia di sabah ya

relevan said...

Salam cek wa..Selamat berpuasa dan selamt maju jaya di Sabah tu yer..

cemomoi said...

belajar le bahasa dorang supaya lebih dekat dan mesra nanti

zulkbo said...

salam..
selamat dah sampai..
alhamdulillah..moga sihat
senalor..he he..

akuanakpahang said...

Salam ramadhan..selamat berpuasa dan selamat duduk di tempat baru. aok sedih ngape x beli baju raya lagi ker? hehehe...

Che Mid said...

Selamat datang ke Sabah, Insya allah cekwa dapat bertugas dengan baik di sana ya