Explorace ke Pulau Aman di Penang memang best..kenangan yang tak dapat di lupakan. Dah lama tak ikut aktiviti macam ni..
Sangat indah pemandangan di sini. Katanya ramai pelancong yang datang ke sini terutama pada hujung minggu.
Segar dan nyaman kepala...hilang stress kalau duk pulau ni ....
Ada restoran terapung yang menghidangkan seafood yang segar dari laut.
Kuih sepit tradisional sangat enak dan rangup.
Aktiviti mengupas kelapa tanpa parang, pandai2 la ko cari cara sendiri. Group kami guna batu tajam dan besi pagar.
Akhirnya besi pagar surau jadi mangsa, janji tak merosakkan pagar tu ya...
Kukur kelapa guna pengukur tradisional. Best pulak dah lama tak guna kan.
Akhir sekali bab makan memang terbaik la....semua segar dan sedap pulak masakan kat restoran ni.
Haa...tengok la tu, memang terliur di buat nya...makan tak pandang belakang kiri kanan da...
Tadaaaa..... Licin tinggal tulang! Maaf la yek buat yang tertengok jadi mengidam...pergi lah ke pulau Aman, memang berbaloi.
2 comments:
Assalam CekWa,
Seronoknya jalan2 cari makan,
Kakmah suka juga pergi tempat macam ini.
Ya Allah.. geramnya tengok udang atas pinggan tu... memang nampak sedap sungguh. Laaa...pagar surau jadi mangsa buah kelapa ya..kreatif tuu..
Post a Comment