Selama hampir sebulan berpuasa di rantau orang ni takde apa yang menariknya..cuma rasa sedih sikit sebab pertama kali bersahur, berpuasa dan berbuka sorang-sorang. Walaupun berseorangan di rumah tapi aku lebih suka memasak sendiri apa yang ada, kata orang cincai-cincai ajelah...janji sodapppp...
Pertengahan puasa yang lalu dapatlah sekali berbuka dengan teman-teman di sini. Maklumlah orang baru belum dapat rodong-rodong lagi kat sini yang kebanyakannya cikgu-cikgu belaka, hinggakan aku sendiri pun orang panggil cikgu. Sambil berbuka sempatlah merakam suasana petang yang damai di Tg Lipat. Moh la kita layan gambo-gambo semasa berbuka di KK aritu.
6.34 petang.
Oleh kerana asyik menengok ke panorama di waktu berbuka yang indah tu, terlupa lah pulak nak ambik gambo sendiri, sebab tu takde pun gambo koi di sini......sekian......