Pada harini iaitu dua puluh empat tahun yang lalu lebih kurang jam 7.00 pagi, seorang ibu yang telah berhempas pulas menahan kesakitan, akhirnya berjaya dengan keizinan Allah swt. melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat. Amat susah untuk melahirkan bayi ini maklumlah pengalaman pertama bagi ibu muda yang baru berusia 19 tahun pada ketika itu. Bayi ini agak besar juga iaitu 3.8 kg.
Selepas selamat bersalin hanya Allah aje yang tau betapa nikmatnya dapat melahirkan anak walaupun terpaksa bertarung nyawa untuk proses kelahiran yang memakan masa 10 jam. Dilahirkan di Hospital Mentakab, Temerloh dan disambut oleh ketua bidan yang berpengalaman. Layanan yang diberikan oleh bidan dan nurse yang terdpt di hospital ini begitu baik sekali.
Anak ini telah berusia 24 tahun pada hari ini. Alhamdulillah beliau telah menjadi lelaki dewasa yang bertanggungjawab terhadap keluarga.
Lebihkurang dua bulan lagi beliau akan menikah dan akan pula merasai kehidupan berkeluarga. Hanya doa kupohon agar dirinya menjadi insan mulia, suami yang baik, anak yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
SeLaMaT HaRi LahiR
Anakanda Khalis
10.07.2011
3 comments:
Sallam CekWa,
Selamat Hari Lahir biat anaknda Khalis,
semuga dipanjangkan umur, dipermurahkan
rezki, dan dipermudahkan urusan dunia dan
akhirat dan selamat membiat persiapan untuk hari bahagia.
Happy birthday to you abang alis,
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ok.
Dan dikurniakan zuriat yang sentiasa menyayangi ibu dan bapanya insyallah.
Take care n peace!:)
Alhamdulillah, besar panjang dah anak bujang Cekwa, dah bermenantu ke?
Post a Comment