Friday, July 8, 2011

Harga sebuah ucapan!

Terharu rasanya bila mendapat ucapan "Tahniah" di atas usaha-usaha yang dilakukan. Terasa diri dihargai..Sebenarnya bukan susah nak bagi ucapan tahniah ni kan, tetapi kekadang kita mudah terlupa untuk mengucapkannya.......!

Harini ucapan yang diterima dengan sms amatlah dihargai kerana kerja-kerja yang aku lakukan dan bantuan yang diberi oleh semua kakitangan agar laporan dapat dihantar dengan tepat dan lengkap.

Kalau kita perhatikan ada sesetengah yang suka mengkritik sahaja bila sesuatu tidak sempurna tapi terus terlupa hendak mengucapkan terima kasih bila sesuatu telah diterima.Itulah manusia yang mudah lupa.

Harapan agar aku akan terus belajar untuk berterima kasih kepada usaha yang oranglain buat terhadap aku, kerana semua itu tidak perlu mengeluarkan wang ringgit, tetapi tinggi nilainya bagi yang menerima serta dapat memberi impak positif kepada si penerima......!
                                             gambar pinjam kat google..TQ

5 comments:

Miecyber said...

Ucapan tahniah boleh menaikkan semangat penerima ucapan...

Grapevine singgah Miecyber's Blog
Karnival Silat,Pameran Ubat & Forum Perdana Anjuran PSGLM
SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET
Hati Kering Membawa Maut

Aku Anak Pahang said...

Ucapan tahniah dan terima kasih sesungguhnya amat bermakna walaupun hanya sebaris kata-kata :)

Nizam said...

Ucapan tu lah penaik semangat

zulkbo said...

salam..
memang patut rasa bangga
berkat usaha gigih kita..
tapi semua dari Allah jua..
jadilah manusia yang bersyukur..
alhamdulillah...

CekWa said...

Terima kasih atas comment, lambat sket nak reply busy sket kebelakangan ni...!