Thursday, December 14, 2017

Sambungan dari cerita Cekwa melawat Sri Aman aritu, dah lama nak post tapi sebuk sangat sampai terus terlupa. ok, inilah sambungan seterusnya...
Selain dari Lubuk Antu dan Empangan Batang Ai, Cekwa juga berpeluang berkunjung ke Rumah Panjang Kaong Ulu. Kebetulan kawan Cekwa , Ros mengenali tuai rumah tersebut.



Jalan masuk ke rumah panjang Kaong Ulu.



Kebanyakan rumah panjang di Sarawak sudah moden dan cantik, jarang berpeluang untuk melihat rumah panjang tradisional lagi kecuali kalau Cekwa dapat pergi ke kawasan pedalaman Sarawak.

Seronok tengok rumah panjang macam ni, bersih.

Kawasan serambi rumah panjang yang dipanggil 'ruai' bersambung sampai hujung sana, disinilah tempat mereka mengadakan majlis-majlis kahwin, upacara keagamaan, berbual dan lain-lain.


Berada dalam rumah Tuai Rumah Panjang atau Ketua Kampung di situ.

Gambaran dari kawasan luar rumah.

Begitulah ceritanya bila dapat peluang mengenali budaya dan tradisi masyarakat setempat yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya. Indahnya kehidupan di sini tentu hubungan mereka sangat erat dan saling bekerjasama dan hormat-menghormati. Satu masa nanti Cekwa nak jalan-jalan lagi ke rumah panjang moden di Bintulu pula.

No comments: