Showing posts with label talapia. Show all posts
Showing posts with label talapia. Show all posts

Monday, September 18, 2017

Empangan Batang Ai lokasi menarik untuk pelancong.

Salah satu tempat menarik berhampiran Lubuk Antu adalah Empangan Batang Ai. Ianya sebuah empangan hidroelektrik yang merentasi Sungai Ai, Sarawak. Stesen ini dikendalikan oleh Sarawak Energy Berhad. (SESCO). Selain membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di negeri ini, empangan ini juga mengwujudkan peluang kegiatan ekonomi bagi penduduk setempat. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah penternakan ikan sangkar talapia merah dan patin. Terdapat juga resort yang menjadi tarikan utama pelancong bagi menikmati keindahan alam semulajadi.


Pintu masuk ke Batang Ai Hydro Power Station.

Jernih, biru menghijau warna air di empangan ini.

Tenang dan damai melihat keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara.



Cuaca kurang panas hari ini seronok anak-anak melompat kegembiraan.

Jambatan gantung.

Sangkar-sangkar ikan di tengah-tengah sungai yang menjana peluang ekonomi penduduk di sini.



Ros dan Cekwa sempat mengabadikan kenangan di empagan ini.

Ton dan Ros serta anak-anak Ros yang comel.


Menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.





 Aktiviti lain yang boleh dijalankan di sini ialah melawat ke rumah panjang, mandi-manda di air terjun, memancing dan 'jungle trekking'. Selepas ini Cekwa akan bertolak pula ke rumah panjang rumah saudara Ros untuk melihat sendiri keunikan Rumah-rumah panjang di Sarawak.

Friday, April 22, 2011

makan-makan!

Seminggu balik Pahang ni, asyik mencari makanan kegemaran jer......Selain coklat,  mak beli ikan patin dan talapia, kebetulan jiran sebelah rumah menjual ikan tersebut. Terkejut juga bila dengar harga Talapia sekarang dah naik berganda iaitu RM 13- 14 sekilo. Sebelum ni rasanya cuma RM 5.00 je sekilo...Biasa la tu semua menda dah naik harga sekarang ni...! Sebelum ni  makan patin pekasam.

Jenuh jugak la menjamah ikan patin masak tempoyak dan Talapia goreng, ratah panas-panas best giler...
Susah jugak nak cari patin dan Talapia yang best macam ni kat Beaufort nanti. Kat Pahang je yang best!
                                                              Talapia Goreng
                                          Ni bukan patin masak tempoyak, tapi mak rebuskan aja,
                                          rasanya sedap tak terkira! Kebetulan tempoyak dah habis.

Esok dah nak gerak ke KL sebelum terbang semula ke KK. Lepas ni bila pulak boleh makan makanan kesukaanku ini...! (",)