Monday, September 18, 2017

Lubuk Antu, Sarawak

Cuti hujung minggu baru-baru ini Cekwa berkesempatan melawat Lubuk Antu di Daerah Sri Aman, Sarawak. Cekwa bertolak dari Kuching pada petang Jumaat selepas habis kerja. Perjalanan dari Kuching ke Sri Aman mengambil masa lebihkurang 3 jam, maklumlah pemandu wanita mesti berhati-hati memandu lebih-lebih lagi keadaan jalan agak sempit dan jalan licin berikutan kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo serta hujan lebat. Kalau lebuhraya ini siap nanti mungkin ambil masa 1 jam aje ke Bandar Sri Aman kot. Tak sabar nak tunggu lebuhraya siap boleh terus ke Sabah dari Kuching dengan lebih pantas.
Di Bandar Sri Aman atau nama asalnya ialah Simanggang Cekwa bermalam di kampung sahabat Cekwa iaitu Puan Ros. Puan Ros ni berbangsa Iban tetapi beragama Islam. Beliau telah menganut Islam sebelum berkahwin beberapa tahun yang lalu. 

Kami bertolak ke Lubuk Antu jam 7.00 pagi hari Sabtu. 

Perjalanan ke Lubuk Antu mengambil masa lebihkurang sejam. Cantik pemandangan sepanjang jalan ke sana dengan gunung-gunung/banjaran yang diselaputi kabus putih. 

Pekan Lubuk Antu

Pasar Hasil tani penduduk tempatan.

Kebetulan hari ini kurang peniaga, katanya kalau datang hari Ahad lebih ramai dan meriah di sini.

Ikan masin dan ikan salai segar.

Jumpa pulak ikan Kalui..Teringat cerita ikan kalui, sayang pulak nak makan kan.

Bangunan Pasar Daerah Lubuk Antu.


Sekitar Pekan Lubuk Antu

Kedai kraftangan dan pakaian tradisional yang Cekwa nak cari tu la.

Nenek dan cucu hensem..

Lebihkurang sejam jugak lah Cekwa merayau-rayau di Lubuk Antu ni. Tujuan utama nak cari pakaian tradisional Iban. Cekwa peminat pakaian tradisional dan kraftangan. Akhirnya dapatlah Cekwa beli satu set pakaian tradisional untuk simpanan Cekwa. Nanti Cekwa letak gambar bila dah ready nanti ok.