Tuesday, December 27, 2016

Jatuh Cinta Dengan Tempoyak Goreng dan Sayur Midin


Tempoyak goreng. Baru ni la Cekwa jumpa tempoyak goreng. Sebelum ni cuma tau makan sambal tempoyak mentah. Rupa-rupanya tempoyak goreng lebih sedap. Cekwa di ajar oleh kawan-kawan di Sarawak makan tempoyak goreng ni. Sekarang Cekwa dah semakin jatuh cinta dengan tempoyak goreng. Caranya cuma goreng dengan minyak, cili tumbuk dan ikan bilis sikit jangan lupa isi garam dan perasa.




Satu lagi masakan kegemaran Cekwa di Sini ialah sayur midin goreng belacan. Midin ni ialah pucuk paku merah yang masih belum kembang tu. Memang berbeza rasanya dibandingkan pucuk paku biasa. Di Sabah dan Sarawak je kot ada midin ni..Selama duk kat kampung cuma makan sayur paku merah dan hijau jer.

1 comment:

Normah Kumin said...

Assalam CekWa,
Tempoyak goreng ni kalau campur dengan sesah ( udang kering yg besar tu, di sarawak aja ada ) lagi sedap sebenarnya, atau udang hidup pun sedap juga. Sayur miden ada kat semenanjung ni, kat tempat Kak Mah ni banyak, tapi orang kita sini tahu buat masak sayur manis aja, atau campur dengan bubur lambuk.
CekWa jangan lupa rasa juga bubur pedas, Kak Mah suka sangat bubur pedas, dulu arwah mak mertua Kak Mah suka sangat buat bubur pedas, campur keladi. Sedap.