Friday, December 23, 2016

Manuk Pangsuh

Sejak pindah ke Sarawak ni Cekwa makin terjatuh cinta dengan makanan-makanan kat sini terutama Ayam Pangsuh atau lebih dikenali Manuk Pangsuh. Ayam pangsuh makanan yang sangat popular di Sarawak. Kalau ikut resepi sebenar ayam di masak di dalam buluh. Kat sini banyak jual buluh untuk masak pangsuh. Tapi Cekwa cuma guna periuk jer, sebab nak masak dalam buluh takde pulak tempat nak bakar nanti. Sebenarnya banyak cara dan resepi, Cekwa cuma guna bahan-bahan yang mudah nak dapat jer. Di bawah ni Cekwa tunjukkan cara-cara Cekwa masak ayam pangsuh di ajar oleh staf Cekwa di ofis aritu.


Bahan-bahannya ayam, halia, serai, pucuk ubi, tepus, cili, bawang merah, bawang putih, abaikan buah bambangan 2 biji tu okay.
Ayam yang sudah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk bersama pucuk ubi yang di ramas-ramas, serai diketuk, tepus diketuk-ketuk, halia  semua campur sekali. Masak atas api atau guna periuk nasi pun boleh. Tak perlu lama-lama, masak jer ayam boleh terus di makan.
Tadaaaa.....dah masak pun jangan lupa tambah garam nanti tawar takde rasa pulak...nak lagi sedap Cekwa tambah cili. Makan dengan nasi panas-panas. Tak perlu dah lauk lain...


Sekian dulu resepi dari Sarawak untuk tatapan semua, try la masak Cekwa suka masak macamni lebih berkhasiat dan tak banyak kolesterol sebab tak perlu guna minyak dan santan.