Wednesday, January 16, 2013

Makan-makan Nyonya House

Walaupun keadaan sekarang tidak membenarkan makan seafood kerana terdapatnya fenomena Laut Merah di Sabah, tapi kami ambil peluang makan seafood di Nyonya House sebab dah lama sangat mengidam nak makan seafood. Sebenarnya ketam dan udang dibenarkan makan, cuma yang tak digalakkan ialah kerang atau jenis-jenis spesis yang seangkatan.
 
 Terletak di One Borneo . Boleh pilih nak makan di luar atau di dalam restoren. Di luar lebih santai sambil   tengok orang lalu lalang dengan pelbagai ragam.
Menu pilihan, Teh Tarik Nyonya...

Penyejuk Badan, macam laicikang gitu..

Ketam Masak Lada Hitam sungguh menyelerakan dan agak pedas.

Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan ermmm best!

Udang Masak Nenas masam manis semua ada..

Okey jom makan-makan.......!!

No comments: