Hajat hati nak peluk gunung,
apakan daya tangan tak sampai...eh salah pulak pantun ni....
Hajat hati nak daki Gunung Kinabalu
..apakan daya badan dah tak larat....maka ambil keputusan panjat bukit jadi
lah...Sebenarnya xtvt panjat bukit ni adalah salah satu senarai azam tahun 2013
sambungan dari azam tahun sudah yang tak sudah-sudah.......Azam nak jaga
kesihatan, Insyallah tahun ni akan bermula dengan lebih baik...
Okey..untuk melaksanakan misi tersebut
maka pada pagi Sabtu yang lalu selepas subuh dah bersiap-siap untuk memanjat
bukit dengan penuh bersemangat waja.....Lokasi rahsia,......
Sebenarnya dah lama juga tak ber exercise ni...Rasanya dah 3 bulan asik
dengan kerja langsung takda masa nak ber xtvt
luar.
Mula 6.30 pagi baru panjat 10
langkah dah tercungap-cungap...adusss macamana ni, tu la pasal kalau
malas....mana ada stamina. Tengok tu Cik Ton kita siap cekak pinggang
lagi....apalah akak niiii... dia cakap, ” camner nak daki Gunung Kinabalu ni kak.”
.hehehe.....Takpe..takpe...akak akan buktikan...!!
Sebenarnya ni baru permulaan pendakian bukit haha..tapi tak pe la kan, sikit-sikit lama-lama okey la nanti...
Rehat dulu laa ambil gambar....
Cantik jugak tempat ni ...
Tak jauh mana pun perjalanan kami ni, cuma 30 minit jer, kalau tak berhenti-henti ambil gambar mungkin ambil masa 10 minit jer dah sampai.. Oleh kerana Cik Ton langsung tak kuar peluh asik menunggu Cekwa, maka dia sambung jogging kat stadium aja la...Sori la ya Ton..lain kali kita pegi lagi ........
3 comments:
Salam drp kami hebat dah tu :)
hai n selamat pagi........semoga harapan cekwa utk pendakian seterusnya tercapai........R & D
Post a Comment