Wednesday, January 16, 2013

Cerpen Alur Redang - Tulisan Neeta Jamain

Bila terbaca Cerpen Alur Redang tulisan Neeta Jamain ini amat menyentuh rasa..Bagi mereka yang memahami aja...Teringin rasanya nak kongsi bersama di Blog Cekwa agar ianya menjadi kenangan abadi di sini... Antara kata-kata penulis sebelum cerpen Alur Redang di siarkan di facebook baru-baru ini ialah:

Waktu aku menghadiri kursus penulisan kreatif pada Jun 1995, kami peserta kursus diminta utk menulis sebuah cerpen secara spontan. Apalah yg boleh ku karangkan ketika itu melainkan pengalaman diri sendiri yg amat meruntun hati. Suatu ketika seorang ahli J Family menghadapi saat2 pahit dlm hidupnya di mana dia tidak dibenarkan utk bertemu anaknya yg waktu itu berusia 3 tahun. Peristiwa ini berlarutan sehingga beberapa tahun dan penglibatan aku dlm peristiwa ini, adalah kerana akulah satu2nya org yg berjaya melembutkan hati bapa serta keluarga anak itu dan membenarkan aku mengambil dan membawa pulang utk bertemu ibunya buat seketika. Namun perlu difahami, ini bukanlah disebabkan oleh keberanian atau kehebatan aku tapi segalanya atas izin dan kehendakNya jua. Cerpen spontan ini telah diisytiharkan sebagai antara tiga cerpen terbaik..huhu. Atas permintaan... akan ku siarkan di sini cerpen "Alur Redang" dituju khas buat ............ sebelum itu mohon ampun dan maaf kpd semua yg terlibat samada masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia... tungguuuuu...

Okey jom kita selami cerpen Alur Redang.....


CERPEN 4: ALUR REDANG

Plup! Plup! Plup!

Puuuuuurrrrrrr……………..!

“Ha ha ha haaaaa………….! Ha ha ha haaaa………….!”

Seronok benar dia melihat anak2 ikan mengkaring bertempiaran lari di celah2 rumput di alur redang. Warna keemasan anak2 mengkaring berkemilau dipancar mentari pagi. Anak2 mengkaring itu kemudian datang lagi mengerumuni kaki si kecil dan menggigit2 halus. Alur kecil yg airnya perang kehitam2an itu berombak2 apabila kaki kecil itu berlari-lari menujah lumpur di tepiannya. Dia mengambil lagi batu2 kecil yg dipungut dari bawah dangau sebentar tadi dan dicampakkan ke dalam alur. Plup! Plup! Plup!

Ketika bahang mentari kian perit, tubuh kecil itu masih kelihatan terjengket2 di situ memerhatikan anak2 ikan berkejar2an. Sesekali kedengaran nyaring suaranya memecah kesunyian redang yg jauh di ulu desa….” Yayyy…. Yaaayyy………”

“Alis..! Alisssssss..!” Suara serak yg dtg dari arah dangau usang di tepi redang bagaikan hilang dibawa angin. Anak kecil yg sepatutnya telah menjejakkan kaki ke alam persekolahan itu masih terlalu asyik di alur. Wanita tua yg sedari tadi sebuk mengeringkan nasi kemudiannya meniup2 kayu leban yg masih menyala lalu meratakan baranya di bawah tungku. Kemudian dia meraba tudung periuk di atas para dan menutupnya. Sesekali wanita tua itu menjengah ke pelantar buluh, memanjangkan leher memerhati ke arah alur. “Alisss…. Alissss….!”

“Uuuuuhhhh….!” Anak kecil itu mendongakkan kepalanya kemudian cepat2 dia mengutip baju dan seluar kotor yg dicampakkan ke tepi alur tadi dan menggosok2nya di dlm alur. Baju dan seluar yg bertampung di sana sini itu kelihatan lebih bersih dari sebelumnya, walaupun daki air yg perang telah sebati dan hampir2 menghilangkan warna asalnya. Dia berlari ke dangau tetapi tiba2 langkahnya terhenti dan dia berlari kembali ke alur. Dia teringat tajur yg dipacakkan di ulu alur sejak semalam… mungkin ada ikan haruan yg mengena, fikirnya. Tepat sangkaannya, seekor haruan mengelupur di mata tajur. Pantas dia memegang haruan itu lalu menanggalkan mata tajur yg tersangkut di mulut haruan. “Ha ha ha haaaaaa…..” Girang sungguh anak kecil itu berlari2 sambil menjulang2 rezekinya pagi itu.

Dari jauh sudah kelihatan asap berpusar2 dari arah dangau. Tentu tok wan dah siap menanak nasi, fikirnya. Perutnya mula berkeroncong. Dia menyidai baju dan seluarnya di ampaian dan melemparkan haruan tadi ke atas pelantar buluh. “Tok wan… tok wan… nah ikan!” Tok wan tersenyum sambil mengutip ikan yg masih mengeletik itu lalu menyiangnya. Kemudian anak kecil itu mengambil beberapa puntung kayu leban dari bawah pelantar lalu meletakkannya di tepi dapur. Kemudian dia turun semula ke tanah dan berbaring atas buaian jaring di bawah pokok mengkudu sambil menggigit dan menyedut2 asam sengkuang yg dikutipnya di tepi alur tadi.

Bau wangi beras baru yg ditanak tok wan menusuk ke hidung dan melaparkan perut. Cepat2 dia naik ke atas dangau dan tok wan dah siap menyenduk nasi ke dlm pinggan. “Tok wan tak makan?” tanyanya bila dilihat wanita tua itu turun ke tanah. “Makanlah dulu” jwb tok wan. Berselera sungguh dia makan hari itu, nasi beras baru, ikan haruan panggang dan rebus pucuk paku. Bukan selalu tajurnya mengena, apatah lagi haruan sebesar itu.. rezeki, fikirnya. Mahu saja dihabiskan ikan yg berbaki sekerat lagi itu tapi… “Tok wan… tok wan…!” kemana pula tok wan pergi. Dia menjinjing ikan sekerat itu ke hulu ke hilir tapi wanita tua itu tidak kelihatan. Dia kemudian meletakkan kembali ikan sekerat itu ke dlm pinggan, menjilat2 jarinya lalu mencuci tangannya di pelantar buluh. 

Cuaca panas sejak pagi bertambah terik namun udara sejuk yg bertiup dari arah bukit menyejukkan tubuh. Anak kecil itu kemudian melunsur ke tanah lalu mengutip batu2 kecil dari bawah dangau. Matanya melilau mencari2 seseorang.. dan dari celah2 pokok ubi dia terlihat tok wan terbongkok2 mengeri rumput diperdu ubi. Tiba2 dia melihat sekumpulan semut merah bergerak dari arah belukar menuju ke dangau, membentuk satu barisan yg bagaikan seutas tali. Pantas dia menyerang barisan semut itu..lalu terpecah dan bertempiaran.. “Yah..! Yah..! Yah..!!! Ha ha ha haaaa…. “ Tak cukup dgn itu dia mengambil sebiji tayar buruk lantas menggolekkannya di kawasan semut2 yg bertempiaran itu. “Brooommm…. Broooommm… “ Dan aksinya bagai seorang pemandu kereta mengelilingi dangau.

Hari semakin petang dan anak kecil itu kelihatan tersandar di pangkal mengkudu, menarik tepi bajunya mengesat peluh di pipi. Wanita tua itu masih terbongkok2 di perdu ubi. Ayahnya masih belum pulang. Dia menggosok2 lumpur di kaki. Tiba2 dia teringat sesuatu! “Anak ikan!” Bingkas dia bangun dan berlari ke arah alur… ketika menghampiri alur, kakinya tersadung sesuatu menyebabkan dia jatuh tersungkur. Perlahan2 dia bangun dan mengesat lumpur di mukanya sambil meraba benda yg tersadung oleh kakinya… “Sepatu! Sepatu mak! Maaakkk…!” Suara itu se akan tenggelam, dadanya se akan berombak! Lalu dibersihnya sepatu itu di alur dan ditekap2 dgn hujung baju, namun warna merahnya semakin pudar….

[[ “Alis… Alisss…!” Suara keramat itu masih terngiang2 dan masih segar dlm ingatan.. hatinya berdebar dan tubuhnya sedikit menggeletar lalu anak2 mengkaring di tapak tangan melompat ke air. Seorang wanita berkurung biru berbunga kecil, bertudung putih berlari2 ke arahnya. Sepatu merahnya hampir putih disaluti lumpur.. wanita itu mendepangkan tangan lalu memeluknya erat. Anak kecil yg masih terlopong di gigi alur, mengamati wajah wanita itu.. tiba2 matanya yg layu bersinar memancarkan kerinduan yg terbuku.. tanpa disedari tangannya memeluk erat wanita itu.. tanpa kata2 yg terluah.

“Alis anak mak.. kau dah besar sayang!” Hangat air mata wanita itu membasahi bahu dan anak itu bagaikan terbuai2 di awangan..longlai penuh kesyahduan. Terlalu lama dia merindui pelukan itu.. hingga hampir terlupa olehnya!

"Zura! Apa kau buat di sini haa??” Tiba2 seorang lelaki muncul bagaikan singa lapar! Matanya merah oleh kemarahan lantas menarik tangan anak itu hingga terungkailah pelukan mereka. 

“Aku rindukan Alis.. sampai hati kau buat aku macam ni.. sampai hati kau tak benarkan aku berjumpa dia.. kau sorok dia dari aku!” Wanita itu meraung lagi. “Aku nak bawa Alis pulang hari ini juga!” wanita itu bagaikan mendapat kekuatan. Sekonyong2 lelaki itu mencabut parang yg terselit dipinggangnya lalu menghayunnya ke arah wanita itu.. “Kau jgn cuba dekati Alis.. kau tak berhak mengambilnya.. “ Lelaki yg bagaikan dirasuk itu menghayun parangnya lagi ke arah wanita itu.. wanita itu sempat mengelak namun kakinya terpelesuk ke dalam lumpur.. lelaki itu menerkam ke arah wanita itu tapi anak kecil yg sedari tadi terkejut dan terpaku.. memeluk kuat kaki ayahnya.. bagi menghalang lelaki itu bertindak ganas… air mata jernih menitis ke pipinya. Wanita itu akhirnya mengalah juga… matanya memandang sayu ke arah anaknya dan kemudian lari menyelamatkan diri… Si kecil berlari mengekori wanita itu tapi kemudian terhenti… menoleh ke arah ayahnya.. berlari lagi dan terhenti lagi… dan wanita itu semakin jauh dan akhirnya hilang dari pandangan. ]]

“Maakkk!” Bisik anak kecil itu, tangannya masih menggosok2 sepatu usang itu.. sudah setahun peristiwa itu berlalu dan sejak itu dia tidak pernah lagi melihat bayang wanita itu lagi. Alur redang yg sepi, terus dimamah sepi… senja merah melabuhkan tirai...dan dia berlari dan terus berlari meredah rumput kering dan lumpur yg kian hilang warnanya… bersama rindu yang tiada penghujungnya…

No comments: