Sunday, March 13, 2011

Misi Tercapai!

Baru sampai dari tugasan di KK selama dua hari 1 malam. Akhirnya tercapai juga misi melaksanakan dua program serentak. Walaupun agak sederhana tapi cukup memberi kepuasan dengan pencapaian yang diterima. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana dan Urusetia yang memberikan kerjasama tanpa berbelah bagi. Tanpa sokongan kamu tentu program tidak akan tercapai sepenuhnya. Kelmarin tugasan bermula jam 3 petang dan berakhir di dewan jam 11.00 malam. Walaupun kelas berakhir tapi aku teruskan tugasan sehingga 3 pagi. Terima kasih Cik Diana kerana berjaya juga menyiapkan slide untuk persembahan pagi tadi sebagaimana yang aku inginkan. Walaupun dalam kesakitan kerana tersalah urat sehingga aku terpaksa mencari tukang urut malam semalam, namun tugas tetap tugas, aku teruskan juga!

Sebaik sahaja program tamat, kami terus ke one B (1Borneo) jenguk PC Fair.  Adus pening kepala maklumlah penuh dengan orang ramai yang berebut-rebut. Kepala pun jadi sakit hampir pitam.
Perjalanan pulang ke Beaufort boleh tersesat, maklumlah hari dah gelap walaupun jam baru menunjukkan 7.30 ptg. Boleh masuk pulak ke area Benoni. Taulah dah lah gelap, langsung takde kereta yang lalu lalang. Dalam kehairanan aku mengejutkan Leny yang sedang tidur di sebelah, memang betul rupanya aku dah tersalah jalan..Terpaksalah berpatah balik pulak.
Jadi sampai ke rumah, kepala pun dah  makin pening, nak rest dulu..esok pagi meeting kewangan pulak.

Tak dapatlah nak menyambung cerita yang dijanjikan semalam. Mungkin satu masa nanti akan ku habiskan juga......

sekian.

8 comments:

sahromnasrudin said...

sape yg rasmikan program ini, cekwa..YB Menteri ke?????

Aku Anak Pahang said...

Salam singgah hari isnin yang bz semoga anda ceria sokmo :)

terokai seni said...

bukan derek seling ni heh

Ateh Nour said...

Sallam,
Program apa tu, tak bagi tau pun..

CekWa said...

shahromnasrudin: takde la Pak Mentri cuma Pegawai jer hehe

CekWa said...

Yassin (AAP): terima kasih lah menyinggah

CekWa said...

cemomoi: bkn lah...bengkel jabatan!

CekWa said...

Lipis lady: Ini bengkel permunian pelan strategik pejabat kami.