Tapi ntah mengapa tiba-tibanya tanpa dirancang kami ambil keputusan mendadak untuk ke sana mandi manda sambil memantau pulau di Taman Tunku Abdul Rahman KK tu. Kami ke sana menggunakan pakej sendiri yang tak sampai pun RM50.00. Bertolak dari Beaufort jam 6.30pagi, sampai KK jam 8.30pagi selepas singgah tamu Papar beli bekalan makanan. Jam 8.41pagi dah siap beli tiket bot. Tiket untuk ke pulau Manukan hanya RM17.00 seorang pergi balik. Tambah tax lagi RM7.20 dan tiket masuk ke Sabah Park RM3.00 jumlah semua RM 27.20.
Jeti ke Pulau Manukan di Jesselton Point sebelah Wisma Kastam, Kota Kinabalu.
Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa 20-30 minit aja.
Pintu masuk ke Pulau Manukan
Cantik pemandangan di sini, boleh mandi ditemani ikan-ikan pelbagai warna.
Manukan Island Resort
Berpeluang memantau keindahan resort ini yang boleh disewa dengan harga paling rendah RM1,100.00 semalam. Harga untuk kakitangan kerajaan taklah sampai sebegitu. Lebih kurang RM500-RM700 sehari.
Ruang tamu yang indah, luas dan selesa.
Ruang makan yang romantik, sesuai untuk pasangan yang baru kawin, boleh la berbulan madu di sini.
Terdapat dua bilik tidur di resort ini. Ini bilik tidur utama.
Bilik tidur kedua. Bercuti bersama keluarga memang sesuai di sini.
Terima kasih kepada En. Mat Hassan pengurus koperasi yang menerangkan kepada kami pakej-pakej yang ada di Pulau Manukan. Pakej untuk persidangan dan Hari Keluarga pun ada kat sini. Memang santai.
Mungkin satu masa kena datang lagi ke sini untuk persidangan atau hari keluarga, semuanya dalam perancangan dimasa akan datang.
Untuk penginapan lebih murah bolehlah menyewa di Manukan Lodge ni. Siap ada dapur masak, ruang tamu yang luas dan tiga bilik tidur cuma RM350.00. Seronok kalau ramai-ramai bersama keluarga muat lah seramai 15 orang ni.
Bukak aje pintu depan terus mengadap ke laut dengan udara nyaman dan segar di atas bukit.
Sebelum balik sempat bermain dengan ikan-ikan yang terdapat di pulau ini.
Selamat Tinggal ikan, nanti kita jumpa lagi yer!
16 comments:
beslah pulau manukam... entah bilalah nak lepas kesana,
perkhhh... memang nampak best lah.
Dari suasana, pemandangan, tmpt penginapan, siap dapt suap ikan makan tu...
Cantiqnyer ikan tu...
Senarai produk positif DNA babi akan diumumkan
Bestnye cekwa..
Aritu family yun ade gi tp yun x dpt
join... :'(
cantiknya..bile la kami nak sampai sana heheheee
Padohlah comel nyer yak :)
endiem: mmg beh kat sini, bercutilah bersama keluarga;
URY: Bab suapkan ikan makan tu la takleh lupa
Miecyber: cantik sgt, warna warni lagi
cik shinju: Insyallah len kali boleh join plak!
shahromnasrudin: dekat je ni..bila2 blh dtg hehe
AAP: ikan pun comel gak!
salam..
ermmm..berjalan merata aok yak
luas mata memangdang tu..koi tak
tahu bila la nak sampai sana nuh..
wah bestnyer...nak g gak la kt sane..hehe
salam.. sis, boleh x nak contact number manukan lodge tu. sbb sy nak book bilik utk bulan 11 ni
Ada no tel manukan lodge tak?
Post a Comment