Wednesday, February 9, 2011

malam ni kena puasa!


Mulai malam ni kena puasa la pulak sebab sok pagi nak gi check darah, maklumlah sejak duk sini terlebih makan seafood...rasa lain macam lah pulak badan ni..Dah dua ari monyok jek ni...Saje-saje buat ceria, sebenarnya dalam hati Tuhan je yang tau...!

Kalau Kolesterol tinggi ni sebenarnya bahaya juga. Sejak beberapa bulan dulu lagi dah ada tanda-tanda kolesterol jahat dalam darah ni. Tapi jenisnya degil....!! Tak nak pantang...hah..dapat!!

Jenis-jenis Kolesterol dalam darah

Kehadiran kolesterol dalam darah adalah disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak berlebihan.Lemak terbahagi kepada dua iaitu lemak tepu - lemak dari daging dan minyak kelapa, sementara lemak tidak tepu - lemak dari sayuran, ikan dan minyak zaitun.

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh kita iaitu kolesterol LDL dan kolesterol HDL. Kolesterol LDL juga dikenali kolesterol jahat yang boleh melekat pada dinding arteri dan lama kelamaan boleh menyumbat arteri koronari hingga menyebabkan radangan atau serangan jantung. Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan penyumbatan  pada pembuluh darah otak dan sekaligus menyebabkan serangan stroke.
Kolesterol HDL atau kolesterol baik pula mampu menarik kolesterol jahat dari dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati untuk dibuang menerusi hempedu.

Berapakah kadar kolesterol yang normal?

  • kolesterol total < 200mg/dl
  • kolesterol HDL 35 - 65mg/dl
  • kolesterol LDL < 150mg/dl
  • trigliserida < 200mg/dl
  • ratio kolesterol total: kolesterol HDL < 5
.....erm tengok tu...hati-hati dengan kolesterol ok, kolesterol sebenarnya tidak tengok pada badan gemuk atau kurus, kerana ada juga orang yang kurus tapi banyak kolesterol. Hanya cara pemakanan boleh  mengawal kolesterol dari berlebihan dalam tubuh kita.

# lepas ni nampak gaya kena posa laaa!!!!

12 comments:

zulkbo said...

salam..
adehh..dah berusia ni
sesamalah kita menjaga
kesihatan..koi pun byk
pekena kambing 2-3 hari ni
pening pun ande..

Cik SHiNJU said...

Makan nestum la Cekwa..
Yun pun nak makan gak pasni..
Baru2 ni ramai org2 yg Yun kenal meninggal
sbb sakit jantung...

terokai seni said...

heee jimat makan malam

Miecyber said...

Janganlah banyak kolestrol banyak dalam darah saya..

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

Nizam Awang Brahim said...

Ande care tak nok mengeluarkan yang dah ande dalam badan ter.

Anonymous said...

macam adik saya pun ade kolestrol jahat ni walaupun badannye kurus ..apatah lagi saya yg tak kurus ni..huhu!

CekWa said...

Zulkbo: memang betul tu..bila dah umur-umur gini penyakit memang mudah masuk.

CekWa said...

cik shinju: Yun ada orang kata makan oat lebih berkesan dari nestum...!

CekWa said...

cemomoi: kurang makan jimat duit!

CekWa said...

jejaka desa: kenamakan ubat dan jaga makan la!

CekWa said...

miecyber: kena gi check sebelum terlambat hehe

CekWa said...

mak dara terdiva: betul tu, tak semesti badan gemuk aje ada banyak kolesterol.