Pagi tadi dah ke klinik memang sah kolesterol tinggi sekarang ni. Ikut bacaan ialah 7. Maknanya melebihi bacaan 5 untuk kadar kolesterol tahap biasa.
Sebenarnya bacaan 7 ni dah rendah sikit dari sebelum ni masa buat pemeriksaan beberapa bulan dulu dengan bacaannya 8. Memang tinggi lah tahap kolesterol ni. Jadi untuk mencairkan kolesterol tersebut kena makan ubat dan berpantang dengan makanan yang banyak kolesterol. Makanan berminyak, berlemak, perlu dijauhi. Boleh ke aku pantang ni...Ntah lahh..memang susah nak pantang, maklumlah hari-hari kalau pergi kantin semua menda dimasak berminyak belaka. Cadangan dari doktor supaya aku makan oat sahaja untuk 3 bulan ni. Insyallah kena cuba juga pantang makan ni.....boleh jugak menguruskan badan yang gemuk gedempol ni..........!! Semasa pemeriksaan tadi tekanan darah amat baik sekali takde masalah . Bacaan biasa 120/70.
Jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan selepas ini, sebarang jenis masakan berasaskan daging
Seaffod lagi tak boleh makan...ermm baru berangan nak makan lobster...!!!
Kesihatan perlu dijaga, memanglah ajal maut ditangan Tuhan, tapi kita sebagai manusia perlulah jaga kesihatan untuk meneruskan kehidupan. Zaman ni bukan orang yang berumur macam aku aje yang mudah datang penyakit tapi ramai juga budak-budak yang diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dalam usia yang masih muda.
Banyakkan makan sayur-sayuran, dan buah-buahan. Kurangkan makan nasi. jom kita berdiet!
6 comments:
Seksanya kalau kena berpantang ...
Hutang isi rumah mencecah RM 557 bilion
Amalkan makanan seimbang hak byk lemok kurangkan byk makan sayur dan minum air masak je :)
salam..
adehh..nak kena
berdiet la jawabnya
yak..?koi pun sama la
nih..
miecyber: memang seksa, tp apa boleh buat dari jadi lebih teruk lbh baik beringat.
AAP: sedang cuba mengamalkan banyak makan sayur dak kurangkan lemak sekarang ni.
Zulkbo: elok lah tu jaga pemakanan ya.
Post a Comment