Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua, semuga puasa kali ini menambahkan lagi keimanan serta mendapat taufik dan hidayah yang tak terhingga dari Nya. Sempena Bulan yang mulia ini Cekwa ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada tersalah kata tersilap bicara dan tulisan yang telah menyentuh mana-mana pihak. Semuga dibukakan pintu Syurga kepada saudaraku yang sudi memaafkan diri ini.
Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts
Monday, August 1, 2011
Selamat Berpuasa dan berbuke semua!
Wednesday, February 9, 2011
malam ni kena puasa!
Mulai malam ni kena puasa la pulak sebab sok pagi nak gi check darah, maklumlah sejak duk sini terlebih makan seafood...rasa lain macam lah pulak badan ni..Dah dua ari monyok jek ni...Saje-saje buat ceria, sebenarnya dalam hati Tuhan je yang tau...!
Kalau Kolesterol tinggi ni sebenarnya bahaya juga. Sejak beberapa bulan dulu lagi dah ada tanda-tanda kolesterol jahat dalam darah ni. Tapi jenisnya degil....!! Tak nak pantang...hah..dapat!!
Jenis-jenis Kolesterol dalam darah
Kehadiran kolesterol dalam darah adalah disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak berlebihan.Lemak terbahagi kepada dua iaitu lemak tepu - lemak dari daging dan minyak kelapa, sementara lemak tidak tepu - lemak dari sayuran, ikan dan minyak zaitun.
Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh kita iaitu kolesterol LDL dan kolesterol HDL. Kolesterol LDL juga dikenali kolesterol jahat yang boleh melekat pada dinding arteri dan lama kelamaan boleh menyumbat arteri koronari hingga menyebabkan radangan atau serangan jantung. Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah otak dan sekaligus menyebabkan serangan stroke.
Kolesterol HDL atau kolesterol baik pula mampu menarik kolesterol jahat dari dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati untuk dibuang menerusi hempedu.
Berapakah kadar kolesterol yang normal?
- kolesterol total < 200mg/dl
- kolesterol HDL 35 - 65mg/dl
- kolesterol LDL < 150mg/dl
- trigliserida < 200mg/dl
- ratio kolesterol total: kolesterol HDL < 5
# lepas ni nampak gaya kena posa laaa!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)


