Saturday, January 29, 2011

"Ekpedisi Basah"

08.01.2011
Dalam kesebukan kerja di pejabat yang tak lepas tangan kata orang, sempat lagi aku buat program jelajah , kalau boleh semua tempat aku nak terjah.
Jadi projek pertamaku ialah menjelajahi Sungai Garama sambil mengintai Proboscis dan Kelip-Kelip. Ingat lagi tak N3 terdahulu, ( klik di sini ) mengenai program nak gi Garama River ni. Jadi tertunailah impianku untuk menikmati alam semulajadi yang indah di negeri Sabah ini. Jom layan gambar-gambar kami semasa ekpedisi tersebut yang digelar oleh group kami sebagai "Ekpedisi Basah.......!!!"  Sebabnya....... kerana kami akhirnya balik dalam kebasahan kerana hujan.

Jeti Garama River. Di sinilah tempat kami bermula terletak lebihkurang 25km dari Pekan Beaufort. (Kalau tak silap)
Oleh kerana pakej kami ni termasuk melihat kelip-kelip, maka perjalanan dimulakan pada sebelah petang iaitu kira-kira  jam 5.00 . Sungai  Garama ini juga terdapat banyak udang galah, ramai yang memancing di sini kata pemandu bot yang membawa kami hari itu. Jika udang galah banyak, tentu kita tau ajelah kan, ada apa lagi kat dalam sungai ni....mesti lah ada boya...shhhh!!!! Celupar betul mulut aku ni. Tapi memang betul, semasa bertembung dengan pelancong asing kami terdengar perbualan mereka minta di bawa untuk menengok sang boya itu...beraninye dia!





Kami singgah sebentar di sini selepas sejam menyusuri sungai . Boleh jalan-jalan di atas jambatan ini hingga bertembung dengan sungai di sebelah sana.


Inilah  group kami yang turut serta, aku, suhaimi, Suriati, Farah, Diana, Razif, Leny, Suriani, Amir, Cikgu Zol dan Ag. Nurzad.
Restoren tradisional, ramai jugak pelancong tengah menikmati hidangan petang di sini. Setahu aku pakej yang disediakan di sini bukan sahaja menyusuri sungai semata-mata, tetapi termasuklah makan
dan minum. Chalet juga disediakan bagi yg berminat untuk  bermalam di sini.


Antara proboscis yang kami temui sepanjang perjalanan. Kata pemandu bot tersebut monyet ni biasanya kalau satu kumpulan hanya akan ada seekor aje monyet jantan, jika ada monyet jantan yang lain akan dihalau dari kumpulan itu, sehingga ada jugalah masanya akan terdapat satu kumpulan semuanya terdiri dari monyet2 jantan belaka. Monyet ini sangat kuat kerana mampu makan daun-daun kayu beracun tanpa menghadapi apa-apa masalah. ermm hebatnyaa,.....itulah perbezaannya antara monyet-monyet lain kot. Kalau tengok dari dekat mereka ni berhidung besar dan kalau yang betina hidungnya sgt tajam dan mancung...cumilll....!!! Penduduk tempatan memanggil proboscis ni "bayan" rupanya.


Gambar Proboscis di ambil dari Sabah tourism
Semasa perjalanan pulang bertembung pulak dengan monyet" Beckam", panggilan orang sini kerana rambutnya yang tegak keatas. Tapi tak dapat nak ambil gambar kerana cuaca dah semakin gelap. Monyet ni
ni pun mmg berwarna agak gelap berbanding proboscis yang cerah itu....hehehe
Sungai Garama menjelang 7.00 petang, semakin gelap dan ketika inilah dapat menikmati kelip-kelip yang sangat indah. Subhanallah...cantiknya ciptaan Allah swt. Tapi tak kelihatan dalam gambar, maklumlah menggunakan kamera biasa kan. Setiap pokok dipenuhi sang kelip-kelip bagaikan pohon krismas.
Ini Kapal Kunang-Kunang. Ianya menarik hati kami untuk singgah dan berehat sekejab di sini.



Suasana di dalam Kapal Kunang-Kunang . Kami bercadang untuk menyewa kapal ini bagi majlis makan- beramai-ramai satu masa nanti. Santaii.....!!! 

Bab bergambar bagilah kat diaorang ni memang minat betulll...

Dalam kepenatan dan kebasahan kami selamat sampai ke jeti semula lebihkurang jam 8.00 malam dengan perasaan begitu teruja.Seronok sangat hilang segala kepenatan bekerja. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, sempat lagi mengadakan perbincangan untuk program yang akan datang, banyak juga tempat yang dicadangkan seperti, Klias River, White Water Rafting di Kiulu, Padas River, pulau-pulau, Kundasang dan Ranau serta pendakian Gunung Kinabalu.

Semuga semua program yang aku rancang itu akan berjalan lancar, Insyallah........!!

1 comment:

URY said...

sesekali dpt menikmati dan bemesra dgnn alam ni memang best...