Thursday, January 27, 2011

Assalamualaikum.

Assalamualaikum...rodong-rodong, kawan-kawan, sedara-mara, rakan taulan.....semuga sehat dan ceria selalu hendaknya...

Bila tengok post terakhir di Blog Cekwa ni, bertarikh 31 Disember, 2010..bermakna kata dah hampir sebulan jugak tak menjenguk blog kesayanganku ini..

Nak tau sebab apa?......Sebenarnya adalah disebabkan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas yang semakin mencabar dari hari ke sehari...Lagipun biasalah awal tahun ni memang bizi pejabatku ini..macam-macam perkara perlu dilakukan demi kejayaan anak bangsaku...!!!

Itu yang pertama, yang keduanya adalah kerana mulai 2 Januari lalu aku telah berpindah rumah baru...Terpaksa berpindah sebenarnya kerana masalah air yang sering takde di kawasan ini. Dari kawasan perumahan yang indah, aku berpindah ke rumah kampung yang sangat aku suka, maklumlah di belakang rumah ada sungai, sejuk kat sini, terutama diwaktu pagi, macam duduk di Cameron Highland la pulak. Selain dari itu, dekat pulak dengan Masjid,  dengan kedai dan pejabat. Alhamdulillah semakin mudah segala urusan di sini. Mohon agar ditambah kemudahan dan kesenangan dimasa akan datang aminn.

Cekwa mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih sudi jenguk di sini....

9 comments:

URY said...

Sentiasa menunggu kehadiran cikwa...kih..kih..
Selamat menduduki umah baru.
Tak jemput kenduri naik umah ker?? hehe

terokai seni said...

sihat ok le tu

zulkbo said...

وعليكم السلام
moga aok sihat
selalu yak..?

endiem said...

salam .. semoga sihat sejahtera

Aku Anak Pahang said...

Wmsalam.. semoga anda sihat dan ceria sokmo... apapun tugas adalah perkara yang utama:)

CekWa said...

URY: Kenduri naik umah taun depanlah gamoknye haha.

Cemomoi, Zulkbo, Endiem : Alhamdulillah sehat selalu.

AAP: betoi te..tugas perlu diutamakan.

mama ju said...

Assalammuaalaikum Chek WA!

CekWa said...

Walaikumsalam mama ju....

Unknown said...

Kat beloh mane umah aok ni cek wa?
Koi singgoh dr opis ni...s/mix kene block...hehehe