Sewaktu membuat kerja-kerja hari minggu di ofis, aku sempat la menengok staf di jabatan ini yang menyediakan ambuyat. Mula-mula tak faham juga apa ambuyat, rupa-rupanya ambuyat ni sejenis sagu yang terdapat di Sabah ni yang menjadi makanan tradisi di sini. Mudah aje cara membuatnya hanya mengacau tepung sagu dengan air panas, kacau sehingga likat dan jernih seperti gam. Teringat pulak zaman kecik-kecik dulu buat gam menggunakan tepung sagu yang dibeli di kedai. Tak sangka pulak sagu ini menjadi makanan tradisi di sini.
Inilah sagu yang telah siap dikacau dengan air panas.
Cara makannya kena menggunakan penyepit iaitu lidi seperti menggunakan chopstick, di ceduk kemudian di pusing-pusingkan lidi sehingga ambuyat tadi melekat pada penyepit dan di cicah dengan sambal atau apa-apa masakan lain yang sesuai.
Ini sambal mangga yang disediakan oleh staf kami serta terdapat juga ikan masak lemak.
apa lagi terus ngap la....beh jugak tengok diaorang ni makan.
Sedap di makan semasa masih panas dan makan beramai-ramai.
Cuba jugak lah menyepit ambuyat ni, tapi tak pas lalu nampak gayanya..kena belajar dulu...
Inilah sagu rumbia yang dijual di tamu-tamu sekitar Beaufort.
6 comments:
salam..
gonerlah aok makan
macam gam je koi nengok..
hu hu..
New Entry at www.zulkbo.com
Apa Dah Kena Dengan OzBloggerCom?
SALAM...huhuh..ada gaya secucuk sate la..adek beradek ke???
Kawan nengok macam gam tepung kanji hehehe goner yeek nok makannya :)
* Yelah bender bukan makanan kita rasa janggal aje.
Salam Cekwa...
yun pernoh mkn..huhuh..
tp xleh mkn byk2..mual tekak..
Nampak macam sedak je rasa..gone lah rasa ..koi tak pernoh merasa lagi benda nih..
Alah bisa tegal biasa... jauh perjalanan luas pemandangan
Post a Comment