Sunday, October 17, 2010

Jom jalan-jalan ke Sabah ( 2 )

Setakat ni satu tempat je yang paling suke nak singgah makan ialah di Tg Lipat, dan makanan paling best ialah sayap (kepak ) ayam yang dibakar dan cicah dengan air asam...best giler....Sebelum ni pernah berbuke di sini, pemandangannya cukup menarik terutama waktu matahari dah nak terbenam, gambar-gambar Tg Lipat waktu petang boleh di tengok kat sini.


Adik datang cuma 2 hari aje, Sabtu dan Ahad. Sebelum balik ke KL sempat lah merayau sekitar Pekan Beaufort, bergambar di stesen keretapi, jambatan besi dan tak ketinggalan di depan Rumah Persekutuan Beaufort.


Perjalanan dari Pekan Beaufort ke KK sempat menyinggah di gerai-gerai tepi jalan yang menjual air tebu dan gerai-gerai ikan bilis. Air tebu kat sini dijual dalam botol mineral water yang disejukkan. Terdapat juga keropok ubi dan keropok sayur yang telah siap dimakan. Gerai ikan bilis memang banyak di sepanjang jalan terutama di sekitar Kimanis. Kebetulan ari Ahad ada tamu di Pekan Papar. Tamu ni, kalau di Semenanjung tu pekan sehari la. Pelbagai jenis jualan segar dari kampung dijual di sini. yang menarik minat adik ialah rumpai laut yang dipanggil Lato. Lato sejenis rumpai berwarna hijau dan katanya seperti spirulina yang berkhasiat terutama bagi mereka yang ada tiroid atau beguk di leher. Iannya dijual dengan harga cuma RM1.00 sepiring.





Inilah dianya Lato yang berkhasiat, makan mentah-mentah dan colek dengan sambal belacan, agoknya mesti best, tapi belum pernah cuba!!!
Begitulah alkisahnya setakat ini, banyak lagi tempat menarik di Sabah ni tapi belum sempat di terokai. Mungkin satu masa teringin nak panjat gunung Kinabalu pulak dan sampai ke puncaknya. Insyallah....

3 comments:

Aku Anak Pahang said...

Nak juga jejalan kesana keknya duit ada rm 500 aje hehehe........

sahromnasrudin said...

org2 Sabah semuanya nampak ayu kan kan

mazru said...

salam cek waa...

seronok nye la..bile la kome bole ke sane yak