Friday, October 15, 2010

Jom jalan-jalan ke Sabah ( 1 )

Baru-baru ini, adikku Rudy dan isterinya Khamizah telah mengunjungiku , untungnya bekerja di sini bolehlah membawa keluarga melawat tempat-tempat menarik di Sabah yang sering dikunjungi oleh ramai pelancong.


Aku , mak dan ayah bertolak dari Beaufort seawal jam 7.00 pagi untuk mengambil mereka berdua di airport KK. Sampai di sana jam 9.30 pagi dan terus aje membawa adik dan isterinya berjalan-jalan sekitar bandar KK. Kami ke pasar yang cukup terkenal di sini dengan gelaran Pasar Filipina, bagi menjamu mata melihat pelbagai jenis mutiara yang memikat hati. Kat sini kena pandai lah tawar-menawar dan memastikan mutiara yang berkualiti. Selain dari itu melilau-lilau di pasar ikan masin, banyak jugak adik membeli untuk bekalan balik semenanjung. Bila dahaga terus aje ke gerai minuman air kelapa muda, best sungguh!

Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang, Ranau . Lebih kurang 2 jam juga perjalanan kami dari KK. Di sana kami hanya singgah di Kinabalu Park sahaja kerana hari dah pun petang.


Sempat lah bergambar sakan kat sana berlatar belakangkan gunung Kinabalu.

Sangat menarik di sini, dengan cuaca sejuk macam di Genting Highlands. Rasa macam tak nak balik pulak ke Beaufort. Setelah berehat selama sejam di sana kami bertolak balik, tak sempat lah nak pergi ke Ladang Teh dan Poring Hot Spring. Mungkin dilain masa boleh juga ke sana.



Bersambung.....

5 comments:

sahromnasrudin said...

salam,..sy last ke Kundasang pada 2006..mmg sejuk tempat..nyaman je suasananya huhuhu...

akuanakpahang said...

Bolehlah mengambit kome pulok esok2 di aiport KK :)

relevan said...

Bila agak kome ni dapat pergi bercuti di Sabah ni.. Jom encik Yassin !

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH PERKONGSIAN.DULU2 MASA KERJA, SELALU JUGAK KE SABAH. TAPI SEKITAR KK SABAH. TAK PERNAH SAMPAI KE BEUAFORD.CANTIK KALAU TENGOK GAMBAR DALAM N3 INI !

zulkbo said...

salam..
wahhh..seronok..bejalan merata
yak?