
Assalamualaikum....lama xjumpa semua beraya sakan rupanya...Raya baru ni sempatlah beraya di Pahang setelah sebulan meninggalkan negeri kesayanganku ini. Seawal jam 7.00 pagi bertolak dari Beaufort pada 9.9.2010(khamis) dan tiba di kampung Kerayong jam 9.30 malam. lebih 12 jam dlm perjalanan nampak gayanya, bukan lah jauh sgt pun tapi dek kerana jalan jem di KL te menyebabkan perjalanan jadi lambat.
Oleh kerana keletihan tak sempat lah nak memasak pada malam raya, maka terpaksalah membantu bondaku yang tak berapa sehat memasak pada pagi raya tersebut. Jadi raya kali ni memang tak beraya sgtlah cuma meraikan anak-anak sedara, cucu cicit ajelah..
Inilah gambar2 yang sempat di rakamkan semasa beraya di sana. Harini dah mula kerja, rasa tak puas lah pulak beraya...
HARI RAYA PERTAMA








Selepas balik dari Triang terus berkejar ke Kuantan untuk bertemu dan mengambil anak2 kesayanganku. Sampai Kuantan pun dah malam, beraya sekejab di Sg Lembing dan terus membawa anak2 ke bandar Kuantan untuk bermalam bersama mereka yang dah lama kerinduan . Saper yang rindu ntah la..rasanya mak dia yang terlebih rindu kat anak2...



RAYA KEDUA
Raya kedua beraya di Dungun, Ganu kite...

Ajim....ermm xpuas jumpa sekejab.....Umur dah 10 tahun tapi manja mcm bdk tadika lagi.
HARI RAYA KETIGA (AHAD)
Hari terakhir bersama anak-anak sebelum bertolak balik ke Sabah. Kami beraya di Bandar Kuantan sahaja. memang susah nak cari kedai makan pada waktu ini.




Sampai di kampung meneruskan perjalanan ke KL bersama ayahanda bonda yang akan bersama-sama mengikut ke Sabah.
Begitulah sebahagian kenangan Raya yang dapat dikongsi pada tahun ini. Semuga pada tahun depan dapat beraya pulak bersama anak-anak di Negeri Sabah ini.
>>>>>>>>masih teringat lagi>>>>>.
4 comments:
Meriahnyer bah.....
Salam lebaran..
Meriah juga yeek.. goner2 pun baraya di kampung juga yang best :)
Eid Mubarak Kullu Am Wa Antum Bikhair
Ampun dan maaf andai ada kesalahan
di antara kita...
Sempat beraya sampai Dungun rupanyer....
Post a Comment