Tuesday, September 14, 2010

KENANGAN BERAYA 2010




Assalamualaikum....lama xjumpa semua beraya sakan rupanya...Raya baru ni sempatlah beraya di Pahang setelah sebulan meninggalkan negeri kesayanganku ini. Seawal jam 7.00 pagi bertolak dari Beaufort pada 9.9.2010(khamis) dan tiba di kampung Kerayong jam 9.30 malam. lebih 12 jam dlm perjalanan nampak gayanya, bukan lah jauh sgt pun tapi dek kerana jalan jem di KL te menyebabkan perjalanan jadi lambat.


Oleh kerana keletihan tak sempat lah nak memasak pada malam raya, maka terpaksalah membantu bondaku yang tak berapa sehat memasak pada pagi raya tersebut. Jadi raya kali ni memang tak beraya sgtlah cuma meraikan anak-anak sedara, cucu cicit ajelah..


Inilah gambar2 yang sempat di rakamkan semasa beraya di sana. Harini dah mula kerja, rasa tak puas lah pulak beraya...



HARI RAYA PERTAMA



Mak sedang sebuk melayan cicitnya di pagi raya pertama.
Tersenyum manis anak si mazru ni selepas mendapat duit raya dari Moyang dan nenek2nya. cucu koi la ni!
Haa..tu dia, tak menang tangan Moksu Mie mengagihkan duit raya tapi sebelum dapat duit raya budak2 ni kena dera dulu, kena jawab teka-teki moksu dia hehe..Siap beratur lagi..


Mende lah agoknya perbincangan anak beranak nih!


Yang ni tak abis2 bergambor sakan dengan cucu sulungnye si Aishah Puteri....


Gambar keluarga kakakku Neeta bersama anak dan cucu.


Nyum-Nyum..besnya lemang, ketupat , rendang..


Ini sebelah petang semasa beraya di rumah kakak nombor 3- Ju di Triang..makan jgn tak makan. Masakan dia memang bes..ada soto, pulut kuning, lontong dan mcm2 lagi...


Selepas balik dari Triang terus berkejar ke Kuantan untuk bertemu dan mengambil anak2 kesayanganku. Sampai Kuantan pun dah malam, beraya sekejab di Sg Lembing dan terus membawa anak2 ke bandar Kuantan untuk bermalam bersama mereka yang dah lama kerinduan . Saper yang rindu ntah la..rasanya mak dia yang terlebih rindu kat anak2...




Ajim yang paling gembira sekali bila dapat berjumpa pada malam itu.


Khalis tengah melayan adik-adiknya.


Kami beraya di rumah Pakcik KFC aje pada malam itu. Hanya dapat melayan anak2 saja raya kali ini.

Ragam anak-anak bila dah lama tak berjumpa...lgsg taknak berenggang.



RAYA KEDUA


Raya kedua beraya di Dungun, Ganu kite...

Sempat lagi singgah dan bergambar di Pantai kemasik yang indah...



Pemandangan Pantai kemasik dari jauh.

Ajim....ermm xpuas jumpa sekejab.....Umur dah 10 tahun tapi manja mcm bdk tadika lagi.





HARI RAYA KETIGA (AHAD)


Hari terakhir bersama anak-anak sebelum bertolak balik ke Sabah. Kami beraya di Bandar Kuantan sahaja. memang susah nak cari kedai makan pada waktu ini.










Bersantai anak-beranak di Big Apple East Coat Mall, Kuantan. Masa yang terlalu singkat bersama anak-anak, walaupun cuma dua hari, tapi langsung tidak mahu berenggang, hinggalah jam 3.00petang terpaksa hantar balik ke Sg. lembing dan meneruskan perjalanan balik ke kampung.




Keadaan kereta yang mula sesak di tol masuk Temerloh dari Kuantan 4.30 petang.


Sampai di kampung meneruskan perjalanan ke KL bersama ayahanda bonda yang akan bersama-sama mengikut ke Sabah.



Keadaan sesak di Tol Bentong jam 8 malam.


Begitulah sebahagian kenangan Raya yang dapat dikongsi pada tahun ini. Semuga pada tahun depan dapat beraya pulak bersama anak-anak di Negeri Sabah ini.


>>>>>>>>masih teringat lagi>>>>>.







keenakan lemang di kampung........................................................!!!!!





































4 comments:

Hairun Azmi said...

Meriahnyer bah.....

Aku Anak Pahang said...

Salam lebaran..
Meriah juga yeek.. goner2 pun baraya di kampung juga yang best :)

zulkbo said...

Eid Mubarak Kullu Am Wa Antum Bikhair
Ampun dan maaf andai ada kesalahan
di antara kita...

Mieza said...

Sempat beraya sampai Dungun rupanyer....