Wednesday, August 4, 2010

Beaufort aku datang padamu......

Setelah berhempas pulas menjalani kursus asas PPT dan berakhir 30hb arite, maka sampai lah saat menerima penempatan yang di tunggu-tunggu, nampok gayenya aku di hantar ke Beaufort Sabah..Walaupun agak jauh jugak, namun tetap ku terima dengan hati penuh keikhlasan kerana itulah janjiku semasa temuduga dulu, sanggup dihantar kemana-manapun.

Oleh kerana kesibukan masa untuk membuat persiapan ke Beaufort, tak sempat rasenya menjenguk blog buat mase ini.

Akan bertolak pada esok hari khamis jam 10.20 pagi. Belum dapat dibayangkan bagaimana keadaan di sana nanti, di mana tempat tinggal dan sebagainya. Terpaksa pergi berseorangan pulak tu, namun kupegang kata pujangga di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sekian dulu, semuga bertemu lagi dan akan dituliskan kisah di Beaufort selepas ini.

Jumpa lagi....

6 comments:

akuanakpahang said...

Selamat berangkat ke Beaufort dan selamat bertugas di tempat baru :)

endiem said...

selamat bertugas ditempat baru ... dan selamat menyambut puasa.

sahromnasrudin said...

salam..semoga bumi Sabah kan menambahkan kegembiraan kpd saudari :-)

cemomoi said...

slamat bertugas kat sebeerang ter... takpe elaun banyok gaji tak usik

Mazru Majid said...

payoh la nak jumpe cik wa pas ni...huhu sedih

Fadh said...

selamat bertugas di tempat baru...