Friday, July 23, 2010

Nota Serah tugas di jabatan ini

23.07.2010 (Jumaat)


Hari terakhir di pejabat ini..huk huk huk.....!!!

Sedis lah plak. sebak gitu. Pagi tadi majlis jamuan perpisahan yang dibuat oleh Unitku..Sungguh terharu kerana turut diraikan oleh bos di unit ini iaitu Dato Saharun Ismail.

Sebenarnya aku juga diraikan bersama sahabatku Hjh Azizah yang akan bersara pada 30 Julai ini.


Tugasan terakhir harini ialah memberi ceramah mengenai tuntutan perjalanan pegawai kepada semua staff baru jabatan ini. Semuanya telah selesai kecuali malam ini pulak ada jamuan makan malam di MS Garden sempena majlis sambutan Inovasi Pejabat kami disertai dengan majlis penyampaian Hadiah Khidmat Cemerlang, pertukaran, bersara dan lain-lain.


Selamat tinggal pejabatku.............


Esok pagi akan bertolak ke Kuala Lumpur kerana melaporkan diri di Jabatan Perkhidmatan Awam Maaysia, seterusnya dihantar berkursus selama 5 hari di INTAN Kedah sehingga 30 Julai 2010.


Selepas berkursus nanti barulah tau kemanakah agaknya hala tuju yang sebenar, harap2 di hantar ke Kementerian yang best2 .


Sekian buat kali ini, semuga dapat bertemu lagi jika ada peluang, salam dan terima kasih buat semua yang sudi mengunjungi blog ini...sayang kamu!!!

7 comments:

akuanakpahang said...

Salam... Selamat bertukar dan berkrusus juga dan bakal ditempatkan dipenempatan baru semoga hari ini lebih baik drp semlm. Selamat maju jaya.

cemomoi said...

waa jauh bejalan ni.. slamat di tempat baru!

Jejaka Desa said...

Makin jauh la yek.Tapi koi harak tak kire kite duduk de utare,timur,selatan dan barat.Kite tetap bersatu sesame blogger.

endiem said...

selamat bertugas ditempat baru.. semoga beroleh kejayaan lagi

zulkbo said...

salam..
biar jauh di mata
namun dekat di hati
kemudahan internet
menghubungkan kita
selalulah updated
kisahnya..nak juga tahu

sahromnasrudin said...

wah..INTURA sg petani syok tue..jgn lupa pi pantai merdeka tau..beli ikan masin kt tanjong dawai..pi layan lembah bujang..shopping kat tesco SP..mkn RFC kat bandar sg petani

mierah idora said...

cekwa miss u..