Thursday, July 22, 2010

Biskut Raye & Ramadhan yang hampir tiba.


Kalau ikut kalender Bulan Ramadhan akan tiba pada 11.8.2010 nanti, lambat lagi kiranya, tapi contoh biskut raye dah mula di edarkan sejak pertengahan Julai lagi. Beginilah semangatnya para peniaga bile tibanya hari raya.


Kalau nak senang eloklah order je biskut mana yang berkenan di hati, kalau nak buat sendiri tak cukup masa dan tenaga. Tapi bila tengok pada harganya yang semakin naik setiap tahun, elok pulak rasanya kita buat sendiri lebih jimat dan lebih sedap gitu.


Kalau 20 tahun dulu harga biskut raye ni berbelas ringgit je untuk 100 biji, 10 tahun kemudian naik pulak jadi RM 20.00 seterusnya RM30.00 dan tahun ni harganya makin meningkat dah jadi RM 40.00 seratus biji. Alahai gitulah perbezaan harga mengikut kenaikan harga barang terutama harga gula agaknya. jadi fikir-fikirkanlah bila 10 tahun lagi harga biskut ni akan meningkat ke RM 80 pula. Begitulah sedikit cerite berkaitan biskut raye, semuga raye kali ni disambut dengan amat meriah sekali walaupun semua menda dah naik harga. Amin.

7 comments:

akuanakpahang said...

Kadang kawan tak minat kuih order2 nie, utk kuih contoh sedak manis dan lawo bila dpt esok lebur hehehe...Byk lah yeek kuih di rumah aok esok...boleh kome dtg.

sahromnasrudin said...

salam..kita tunggu aloq setaq nanti br orde nor

Mazru Majid said...

hm...x sanor nk makan ketupat dan kuah kacang umoh tok...

Mazru Majid said...

*x sabor

zulkbo said...

salam..
wah nampak sedakk belaka
kueh aok ter..?

makdara TERDIVA said...

bermulalah musim kuih tunjuk2..

thn ni x smpt nak buat sbb kekangan waktu dan tugas! cewah!! mcm sibuk bebenau..haha!

salam kenal :)

Anonymous said...

apa pun biskut air tgn kite gak yg bestt