Thursday, June 17, 2010

Berkursus lagi.....8-9 Jun 2010

KURSUS MERANGSANG PERALIHAN POSITIF



Bulan Jun ni kire bulan berkursus ajer la nampoknyer. Selepas kursus di Taman Negara sambung pulak di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan. Bersebelahan je sebenornya dgn rumah sendiri, tapi kerana dah disediakan tempat tinggal maka koi pun menginap lah disana selama 2 hari 1 malam.
Berkursus di sini takde lah aktiviti luar cuma duk dalam kelas aje selama 2 hari tu. Walaupun 2 ari di dalam kelas namun kursus ini tidaklah membosankan malah asik gelak aje . Macam2 aktiviti dilakukan oleh cikgu kome te, cikgu yang comel bernama Puan Sarimah Morshidi dari PSDC (Pahang Skill Development Centre). Peserta terdiri dari pelbagai jabatan di seluruh daerah di Pahang dan dari pelbagai jawatan.
Ini adalah kumpulan kome yang dinamakan Kumpulan CerdikPandai..


Ini pulak kumpulan Three Plus Two bersama cikgu Sarimah yang berdiri tu.


Kumpulan Barakah. Kakak koi neeta sebelah kanan sekali.



Dan ini pulak kumpulan paling ceria Kumpulan Permata.



Kursus Merangsang Peralihan Positif ini adalah untuk menyedarkan diri agar sentiasa bersikap positif terhadap diri dan sekeliling kita, cara dan bagaimana melakukannya.


Manusia yang cemerlang adalah yang mindanya cerdas, badannya sihat, jiwanya tenang, imannya kental, kawannya ramai, ekonominya kukuh dan rumahtangganya bahagia....


Sikap positif untuk bahagia
> Kosongkan hati dari perasaan benci

> Kosongkan minda dari perasaan risau

> Hidup dengan sederhana

> Beri lebih

> Harap kurang


* tiada siapa boleh kembali kemasa lampau untuk membuat satu permulaan.

* namun setiap orang boleh mula dari sekarang dan mencapai kesudahan yang baru.


itulah antara isi2 penting yang disampaikan selama berkursus.
Banyak kenangan manis terutama bila koi tanya satu soalan pada cikgu secara peribadi dgn beliau dan jawapan dari hatinya yang tak dapat koi lupakan dan sungguh memberikan semangat dalam hidup ini



7 comments:

Aku Anak Pahang said...

Salam weh...
Kawan nok ngomen ker test kat blog aok nei.. sakit ngat mata kawan nok membace warna putih kelabu gitu hehehe cer aok tukor kaler hitam ker hehe...(sebab x brapa jelas)

* apapun berkursus nie mmg best! kalau kena ngan gayanya.

CekWa said...

Terimakasih en yassin atas komen aok te. Koi tengok kat tempat koi ni elok jek tulisannyer, adalah yang tak kena tu, nnt koi tukor hak lain, pape pon thanks.

zulkbo said...

salam..
selamat berkursus la
cepat naik pangkatnya
bertambah gaji..rezeki
anak-anak..moga aok
sihat sokmo...

CekWa said...

Terimakasih en.zulkbo.

piewahid said...

salam,
amboi yak, berjalan sesambil tamboh ilmu dgn penginapan dan makan ditaja mmg best!

p/s bestnya lah kala koi dpt kursus ke taman negara mcm dlm n3 aok sebelum ni. bosan duduk hotel mcm org biasa buat tu...

CekWa said...

Salam Piewahid, mmg la best, pej kome tiap tahun adakan kursus seperti itu. TQ ziarah.

Anonymous said...

Good evening cekwa...