Wednesday, October 12, 2011

Sambungan Kolesterol Jahat !

Ingat lagi tak entri kolesterol jahat yang telah Cekwa tulis pada Bulan Februari yang lalu...
Kononya dalam masa 3 bulan aku telah berjanji nak turunkan kadar kolesterol dari bacaan 7 dengan mengelakkan beberapa makanan yang boleh menyebabkan pertambahan kolesterol dalam darah. Tapi janji nak berubah dalam masa 3 bulan tak menjadi, hinggalah pagi semalam selepas berpuasa sebelah malamnya, aku pergi semula buat pemeriksaan. Risau jugak sebab tak pernah nak berpantang, tentu semakin naik pulak kali ini.

Selepas pemeriksaan dibuat, rasa amat lega sedikit walaupun tak jaga makan tapi tahap kolesterol dah semakin turun, walaupun masih perlu dikawal  lagi tapi sekurang-kurangnya bacaan kali ini dah jadi 6 sahaja. Ok bermula hari ini sekali lagi janji nak turunkan lagi bacaan ke tahap normal iaitu bawah 5. 

Macam biasa..banyakkan makan sayur dan buah-buah, kurangkan lemak, minum susu Omega, makan oat setiap pagi.......!


susu omega ni paksa jugak minum sejak sebulan ni walaupun kekadang rasa nak muntah minum pagi-pagi.
                                                                  paksa diri makan oat!
Hindari pembunuh senyap.....check kolesterol anda walaupun badan anda kurus tanpa lemak kerana kolesterol dalam darah anda amat merbahaya......!

Copy Paste dari Internet jer: sekadar renungan!

Jenis makanan rendah kolesterol :
  • Putih telur 
  • Susu lembu tanpa lemak
  • Daging ayam
  • Ikan air tawar
  • Daging arnab
Jenis makanan dengan kolesterol yang sedang :

  • Daging Burung
  • Ikan bawal
Jenis makanan dengan kolesterol yang cukup tinggi :
  • Daging s
  • kambing
  • Keju
  • Sosej daging
  • Udang
  • Kerang
  • Siput
  • Belut
Jenis makanan dengan kolesterol yang sangat tinggi :
  • Santan
  • Susu lembu
  • Susu  cream
  • Coklat
  • Margarin / Mentega
  • Kerang putih / tiram
Jenis makanan kolesterol sangat sangat tinggi dan sangat berbahaya :
  • Kuning telur ayam
  • Otak lembu
  • Telur burung puyuhJenis makanan yang dapat mengurangkan Kolestrol
Makanan yang difortifikasi atau diperkaya sterol dan stanol tumbuhan.
Minyak Zaitun/Oli Oil
Kacang walnuts, almonds dan jenis lainnya
Bubur gandum/oatmeal
Bawang Putih
Teh

· Katanya kepala ikan bilis pun banyak kolesterol so elakkan makan kepala ikan bilis. kepala ikan  yg digoreng rangup tu memang sedap kan....

3 comments:

Miecyber said...

Tips yang berguna untuk saya yang montel ini....

Fenomena "Halo Bulan"
Taman Negara Package
Travel Online Shopping

Anonymous said...

terima kasih utk info ni..

kena berhati2lah mkn telor kuning tu..

mama ju said...

Assalammualaikum
Apa kaba? sibuk?
Terimakasih atas ingatan, hehe dah berkali2 diingatkan, insyaAllah akan ingat.
Mama nak tumpang copy ya!