Macam x percaya pulak sudah sampai masa yang ditunggu dan yang dinanti selama ini. Kalau dua minggu lepas aku rasa begitu lambatnya masa berlalu..tetapi harini tetiber rasa tercepat la pulak masa ni...hehehe....Alhamdulillah yang penting ianya dah sampai waktu....Beberapa minggu lalu aku agak stress sket bila mengenangkan segala persiapan yang belum dapat dilaksanakan bagi menguruskan majlis perkahwinan Khalis nanti. Tetapi hari ini aku agak hepi dan bersyukur kepada Allah swt yang telah memberiku kekuatan untuk menghadapi segala yang mendatang.
Banyak perkara yang mengembirakan aku hari ini. Pertama sebab dapat hadiah diatas kemenangan di tempat kedua acara dart wanita single, tempat pertama acara dart wanita bergu dan seterusnya menjadi juara keseluruhan bagi kumpulan ketiga bagi Bulan Kecergasan anjuran Unit Pembangunan Kemanusiaan. Pelbagai permainan seperti congkak, carrom, dam aji serta dart dipertandingkan. Seronoknya dapat memasuki acara sukan sebegini sesekali kan. Diharapkan agar UPK akan melaksanakan lebih banyak permainan dan sukan pada masa yang akan datang.
Kumpulan 3 Juara......!!!
Aku juga amat terharu harini kerana mendapat sumbangan lima jenis kuih-kuih tradisi Sabah, dari pegawai dan kakitangan PPD, selain dari itu ada juga sumbangan peribadi dari bos, pegawai dan kakitangan PPD, sumbangan keropok, dua jenis baulu special serta udang galah dari GB sebuah sekolah di sini. Terima kasih semua di atas sumbangan yang amat bermakna ini. Terharu sangat semuga Allah saja lah yang membalasnya....
Jam 8.00 pagi esok aku akan memulakan perjalanan yang jauh, doakan keselamatanku nanti. Flight jam 12.30 tghari, tetapi kerana Beaufort ni mengambil masa dua jam perjalanan ke airport terpaksalah keluar awal pagi. Dijangka akan sampai ke kampung malam esok.
Sekian..semuga bertemu lagi...!
7 comments:
salam..
tahniah menang hadiah tu..
tak lama dapat menantu la aok yak?
Ermm..moga Allah permudahkan urusan
aok walau di mana sahaja anda berada
:)
Moge dipermudohkan segale urusan
Selamat Hari Raya Aidikfitri Cekwa...
Mohon maaf jika ada salah dan silap yer :)
SALAM,
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! PIHAK LF MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Selamat sampai ke kampung halaman tercinta.
Dari pengurusan blog "kadang-kadang teringin jua" mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan semoga raya kali ini menjadi lebih bermakna..
Maaf andai ada ulasan yang pernah menyinggung hati di blog ini
Cekwa juga ingin mengucapkan selamat hari raya dan moh0n ampun dan maaf jika ada salah dan silap diantara kita.
Post a Comment