Monday, August 15, 2011

15 Ramadan.....!

Dah masuk 15 Ramadan. Dua minggu suda kita berpuasa ( ckp ala-ala sabah gtu)......
Dua minggu lagi juga kita akan menyambut Hari Raya...Insyallah andai ada kesempatan...! Setakat ini langsung tiada persiapan untuk menyambut hari yang mulia itu...

Apa yang terfikir dibenakku ini, bilalah agaknya aku nak buat persiapan mengemas kain baju  untuk balik ke semenanjung nanti. Minggu ni minggu terakhir bekerja, lepas ni sebuk lah pulak dengan urusan untuk majlis perkahwinan anakanda Khalis yang akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Dungun, Terengganu. Walaupun kami dari sebelah pihak lelaki, tetapi persiapan  belum dibuat  lagi. Maklumlah duduk berjauhan dengan anak ni tersekat jugak nak buat apa-apa. Semuanya kena tunggu bila aku balik nanti. Aku yakin aku boleh lakukan dalam masa seminggu sebelum Hari Raya..Sabar lah ya anakanda.

Yang paling penting minggu ni aku nak gi bayar zakat fitrah dulu. Kadar zakat kat sini RM7.00. Bila dah selesai barulah lega, seterusnya bolehlah simpan beg untuk balik beraya. Anak-anakpun dah asik bertanya aja bila mama dia ni nak sampai kampung. Banyak juga tempat persinggahan nanti, uruskan anak di KL, balik kampung di Kerayong, dan selepas itu barulah dapat kejar anak-anak di Kuantan pula. Semuanya perlu dilakukan dalam masa seminggu. Pasal raya tak fikir dah ni, yang penting nak uruskan majlis pernikahan anakanda pada 3hb September aja dah ni. Pada semua blogger dan juga teman-teman, rakan-taulan yang sudi membaca blog ini, cekwa juga mengajak anda semua untuk meraikan majlis perkahwinan anakanda pada 3/9/2011 nanti. Untuk sambutan sebelah pihak kami, belum dapat ditentukan samada akan dibuat atau tidak memandangkan jadual padat yang terpaksa aku lalui sepanjang raya nanti.


3 comments:

zulkbo said...

salam..
selamat berpuasa Ramadhan ke-15
semoga diberkati seperti selalu..


selamat menyambut menantu juga nanti
buat yang wajib je dulu kalau sibuk..

sahromnasrudin said...

selamat berpuasa utk puan..semoga diberi kekuatan untuk menguruskan perkara ini dengan jayanya...

Nizam said...

Ramei orang nikoh bulan 9 ni...