Tuesday, July 12, 2011

Durian belum musim tapi tempoyak dah ada!

Jeles betoi dengar orang di semenanjung dah mula makan durian...alahai kat sini belum pun nampak berbuah, bunga pun ntah ada ntah tidak. Nak balik kampung lambat lagi, pertengahan Ogos, kalau ada rezki sempat lah kot makan durian kat Pahang. Durian oh durian....!!

Tapi dalam pada takde durian berbuah di Beaufort ni, aku dah pun dapat rezeki tempoyak. Heran gak kan, camner durian belum berbuah tapi tempoyak dah ada. Tempoyak baru pulak tu...manis lagi rasanya.

Baru-baru ni member pejabat baru balik dari Johor ada bawak tempoyak balik ke sini. Lepas pulak tu tempoyak naik flight. Mujur jugak masa scan pihak kastam tak perasan, kalau perasan sah kena tahan ni. Pandai jugak kawan aku ni menyorokkan tempoyak dari pihak kastam haha. Silap haribulan leh berbau satu kapal tu.

Bila dah ada tempoyak ni  mulalah  nak buat patin masak tempoyak. Masalah pulak di sini susah nak dapat patin fresh macam kat Pahang.  Ermm nampak gayanya tak merasa juga makan patin.

6 comments:

zulkbo said...

salam..
ha ha..tempoyak
durian tahun lepas la tu..
kesian ke aok..

CekWa said...

zulkbo: idok aih...! tempoyok baru, member tu sendiri yg beli durian dan buat tempoyok haha.

Che Mid said...

Salam Cekwa, Takde patin sardin pun jadilah.. eh boleh ke sardin masak tempoyak? Kelakarlah pulak bunyik nya..

Cik SHiNJU said...

Salam CekWa

nilah musim yg yun paling x tahan...
dorg semer makan duyan...bau satu umah..
Yun lak x gemor duyan...nak nunggu musim manggis dll tu lmbt lagi...haishhh...


Mentara dok sabah ni cekwa explore la pepuas segala tmpt menarik dan makanan kat sana..
Usah dirindu makanan kat Pahang ni..sok2 balik gak..boleh makan puas2..

CekWa said...

che mid: Lom pernah lagi masak sardik tempoyak ni...kena cuba gak ni haha

CekWa said...

Cik Shinju: Ler aok tak mkn duyan, cekwa tengok sebakul aok bawak balik tu yg jeles haha