Showing posts with label tetamu misteri. Show all posts
Showing posts with label tetamu misteri. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

Lama tak jenguk dan tetamu misteri

CERITA PERTAMA: Lama betul tak dpt jenguk blog ini. Selepas majlis pertunangan aritu, banyak aktiviti dan tugasan yang perlu dilakukan. Dari semenanjung hinggalah sampai semula ke Beaufort, berbagai-bagai perkara perlu di selesaikan. Selepas majlis aritu sebuk dengan urusan di pejabat Kewangan Pahang, kemudian menguruskan penghantaran kenderaan dengan syarikat AST Logistic. Ramai jugak rodong-rodong lama nak berjumpa maklumlah sebelum bertukar aritu tak sempat nak berjumpa. Jadi berkejar-kejar lah ke sana kemari menguruskan hal sendiri, keluarga dan bertemu sahabat handai.....susah juga nak jaga hati orang ni kan. Masing-masing kengkawan belaka, kalau tak jumpa nanti ada pulak yang merajuknya...Begitu juga dengan keluarga, masing-masing taknak lepaskan peluang untuk bertemu....ramai yang sayang rupanya kat aku ni.......(perasanlah pulak) .....!!!!! Kalau boleh nak jaga belaka, namun apakan daya, aku hanya insan biasa tidak dapat memenuhi segalanya dengan masa yang begitu suntuk.
Sebelum meneruskan crite-crite di blog ini, ingin ku rakamkan dahulu ucapan "Selamat Hari Lahir " kepada anak2ku iaitu Abg raf pada 19.11.2010
dan Ajim pada 23.11.2010
Tidak dilupakan juga kpd Acha yang lalu (anak merdeka) , walaupun dah lama tapi kerana kesibukan pada masa itu tak sempat untuk masukkan ke blog ini. Kebetulan masa tu tengah berpindah randah dari semenanjung ke Beaufort.
Semuga kesemuanya menjadi anak2 soleh yang cemerlang dalam hidup, beriman, bertawakkal, dan berbahagia/berjaya di dunia dan akhirat kelak.
CERITA KEDUA: Tetamu Misteri
Dalam sebuk-sebuk ke sana-ke mari timbullah pula cerita mengenai tetamu misteri dihari pertunangan Khalis pada 14.11.2010 yang lalu. Pada hari tersebut memang aku perasan seseorang yang duduk bersama dalam kumpulan kami semasa majlis peminangan itu. Tertanya-tanya juga dihati siapakah dia yang duduk bersama kami, mungkin jiran tetangga atau keluarga sebelah perempuan agaknya, tapi mengapa dia sorang aje yang duduk bersama kami.
Persoalan itu akhirnya dibiarkan begitu saja. Rupa-rupanya keluarga sebelah perempuan pun tertanya-tanya, cuma mereka sangka lelaki tersebut adalah keluarga kami. Yang herannya semasa waktu makan lelaki itu menghilangkan diri tak tau kemana.
Dan telah disahkan dia bukan jiran tetangga atau sedara-mara sebelah perempuan.
Sehingga harini ianya menyimpan pelbagai pertanyaan yang tiada jawapannya. Apakah agaknya tujuan lelaki tersebut dan mengapa...????
Mungkinkah juga dia tersalah rumah agaknya.
Inilah gambar tetamu misteri yang dirakamkan bersama keluarga kami dimajlis tersebut.