Showing posts with label selamat hari lahir. Show all posts
Showing posts with label selamat hari lahir. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

24 tahun yang lalu...!

Pada harini iaitu dua puluh empat tahun yang lalu  lebih kurang jam 7.00 pagi, seorang ibu yang telah berhempas pulas  menahan kesakitan, akhirnya berjaya dengan keizinan Allah swt.  melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat. Amat susah untuk melahirkan bayi ini maklumlah pengalaman pertama bagi ibu muda yang baru berusia 19 tahun pada ketika itu. Bayi ini agak besar juga iaitu 3.8 kg.
Selepas selamat bersalin hanya Allah aje yang tau betapa nikmatnya dapat melahirkan anak walaupun terpaksa bertarung nyawa untuk proses kelahiran yang memakan masa 10 jam. Dilahirkan di Hospital Mentakab, Temerloh dan disambut oleh ketua bidan yang berpengalaman. Layanan yang diberikan oleh bidan dan nurse yang terdpt di hospital ini begitu baik sekali.
Anak ini telah berusia 24 tahun pada hari ini. Alhamdulillah beliau telah menjadi lelaki dewasa yang bertanggungjawab terhadap keluarga.
Lebihkurang dua bulan lagi beliau akan menikah dan akan pula merasai kehidupan berkeluarga. Hanya doa kupohon agar dirinya menjadi insan mulia, suami yang baik, anak yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

SeLaMaT HaRi LahiR
Anakanda Khalis
10.07.2011

Tuesday, February 8, 2011

Selamat Hari Lahir Hanim Azura!

Harini hari aku dilahirkan berpuluh-puluh tahun yang lalu.....

Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana di panjangkan umur ...Semuga hari-hari mendatang akan diberi lebih lagi limpah rahmatMu Ya Allah...Keimanan, kebahagiaan yang berpanjangan...amin.

Terima kasih kepada rakan-rakan, kakak, adik ipar, anakanda yang menghantar sms, yang sudi telefon sejak pukul 12.00 tengahmalam semalam sehinggalah kepetang ini.

Sebenarnya masa kat ofis tadi tak teringat langsung dah pasal hari lahir aku ni, tapi tak sangka pulak tengahari tadi ada 'surprise' dari staf PPD Beaufort . Rupa-rupanya senyap-senyap mereka membeli kek, KFC, mee goreng untuk meraikan Hari Lahir ku...Terharu pulak rasa hati, tak menyangka mereka bersusah payah menyediakan semua itu...Terima kasih semua staf PPD khasnya Unit Admin yang sentiasa memberi kerjasama tak mengira waktu  samada bekerja dan juga hal-hal lain yang bukan berkaitan dengan kerja.

Inilah antara gambar-gambar yang sempat diambil sebelum kek berperisa 'yam' yang enak itu menjadi mangsa kami.


 Bersama staf Unit Pentadbiran yang sentiasa memberi kerjasama dalam apa jua kerja yang kami uruskan.
dari kiri Suriani, Suriati, aku, Berahim, Reggie, Razif dan Juali.
 Kek, KFC dan mee goreng yang sangat sedap...nyum..nyummm!
 Berahim, Ketua Unit SPK Cikgu Jali, Cikgu Halim, dan Cikgu Raffee

 Makan..makan..makan

Thank You Semua!

Sunday, November 28, 2010

Lama tak jenguk dan tetamu misteri

CERITA PERTAMA: Lama betul tak dpt jenguk blog ini. Selepas majlis pertunangan aritu, banyak aktiviti dan tugasan yang perlu dilakukan. Dari semenanjung hinggalah sampai semula ke Beaufort, berbagai-bagai perkara perlu di selesaikan. Selepas majlis aritu sebuk dengan urusan di pejabat Kewangan Pahang, kemudian menguruskan penghantaran kenderaan dengan syarikat AST Logistic. Ramai jugak rodong-rodong lama nak berjumpa maklumlah sebelum bertukar aritu tak sempat nak berjumpa. Jadi berkejar-kejar lah ke sana kemari menguruskan hal sendiri, keluarga dan bertemu sahabat handai.....susah juga nak jaga hati orang ni kan. Masing-masing kengkawan belaka, kalau tak jumpa nanti ada pulak yang merajuknya...Begitu juga dengan keluarga, masing-masing taknak lepaskan peluang untuk bertemu....ramai yang sayang rupanya kat aku ni.......(perasanlah pulak) .....!!!!! Kalau boleh nak jaga belaka, namun apakan daya, aku hanya insan biasa tidak dapat memenuhi segalanya dengan masa yang begitu suntuk.
Sebelum meneruskan crite-crite di blog ini, ingin ku rakamkan dahulu ucapan "Selamat Hari Lahir " kepada anak2ku iaitu Abg raf pada 19.11.2010
dan Ajim pada 23.11.2010
Tidak dilupakan juga kpd Acha yang lalu (anak merdeka) , walaupun dah lama tapi kerana kesibukan pada masa itu tak sempat untuk masukkan ke blog ini. Kebetulan masa tu tengah berpindah randah dari semenanjung ke Beaufort.
Semuga kesemuanya menjadi anak2 soleh yang cemerlang dalam hidup, beriman, bertawakkal, dan berbahagia/berjaya di dunia dan akhirat kelak.
CERITA KEDUA: Tetamu Misteri
Dalam sebuk-sebuk ke sana-ke mari timbullah pula cerita mengenai tetamu misteri dihari pertunangan Khalis pada 14.11.2010 yang lalu. Pada hari tersebut memang aku perasan seseorang yang duduk bersama dalam kumpulan kami semasa majlis peminangan itu. Tertanya-tanya juga dihati siapakah dia yang duduk bersama kami, mungkin jiran tetangga atau keluarga sebelah perempuan agaknya, tapi mengapa dia sorang aje yang duduk bersama kami.
Persoalan itu akhirnya dibiarkan begitu saja. Rupa-rupanya keluarga sebelah perempuan pun tertanya-tanya, cuma mereka sangka lelaki tersebut adalah keluarga kami. Yang herannya semasa waktu makan lelaki itu menghilangkan diri tak tau kemana.
Dan telah disahkan dia bukan jiran tetangga atau sedara-mara sebelah perempuan.
Sehingga harini ianya menyimpan pelbagai pertanyaan yang tiada jawapannya. Apakah agaknya tujuan lelaki tersebut dan mengapa...????
Mungkinkah juga dia tersalah rumah agaknya.
Inilah gambar tetamu misteri yang dirakamkan bersama keluarga kami dimajlis tersebut.