Semalam terpaksa mengambil cuti disebabkan kereta kesayanganku pancit pulak..
Adess...pancitnya sebijik jer tapi kena ganti sampai 2, campur sana campur sini, termenung jugak lah nak membayarnya...apakan daya nasib lah kan...Perkara biasa yang dah dialami beberapa tahun kebelakangan ini.
Bila dah selesai barulah rasa lega sedikit nak memandu ke KL 24 Julai nanti.
30 Julai nanti roadtax pulak menanti..lalalalalala....(hepi je bunyinya)
Okey...harini hari gaji, yeyey..taknak fikir perkara yang menyusahkan hati, jom pekena teh tarik gelas besar...best tuuu.!!