Pernahkah sesiapa berhadapan dengan dilema untuk berkata benar........? Nampak bunyinya macam tak logik, betul tak. Perkara benar apa pulak yang jadi susah nak diluahkan? Bila dah benar semua orang boleh cakap, tak perlu takut lagi, terus-terang tanpa selindung lagi.
Tapi sebenarnya ada satu-satu masa dan ketika kita akan berhadapan juga dengan situasi sukar untuk berkata benar ni. Kita akan jadi serba salah...nak cakap, takut disalah ertikan oleh pihak yang menerima. Kalau tak cakap, perkara yang salah akan terus berlaku.
Aku benar-benar tertekan bila semua orang tak mahu berkata benar pada perkara yang benar. Semua nak jaga nama masing-masing supaya tidak disalah ertikan, tapi dalam masa yang sama berterusan cakap-cakap belakang ! Apa ni? Tak profesional langsunglah korang ni...!
