Sejak semalam duduk di rumah sorang-sorang amatlah membosankan. Macam-macam perkara dah buat tapi masih juga kebosanan. Namun sebagai orang Islam kita memang tak boleh layan sangat bosan ni, semuanya syaitan belake te. Cuma cara setiap orang menangani masalah ni pelbagai cara, ada orang suka berjalan-jalan, ada orang suka layan internet, layan, DVD, TV, Movie, chatting, sembang dengan kawan-kawan dan macam-macam lagi.
Cara aku berbeza bila bosan nih. Selalunya bila bosan kena makan. Jadi sejak semalam masak nasi dan makan, makan, dan makan selagi terdaya.
Harini dah tak larat nak masak, jadi tapau aje KFC. Janji makan!
Makan dan makan, sedang memikirkan apa lagi menda yang hendak di makan petang-petang begini!