Macam beh jek.....mmg beh pun..musang king Bentong!
Showing posts with label durian. Show all posts

Friday, November 15, 2013
Monday, July 25, 2011
Mahalnya durian!
Terasalah mahalnya durian D14 kat sini yang berharga RM88.00 sebiji seberatnya 2 kilogram. Setahu aku kalau kat semenanjung durian D14 lebih kurang RM12-RM15 sekilo. Kalau Musang King lain la cerita. Nampak gayanya durian zaman ni bukan lagi untuk orang-orang kampung macam aku ni, tapi hanya sesuai untuk golongan berada aja lah. Buah tempatan tapi dah mencecah harga ratusan ringgit sebiji ni memang amat menakutkan. Patutpun tauke durian boleh hasilkan RM300,000.00 semusim...waaaaa kayaaa!!!
Tahun depan tanam durian la, Musang King punya jenis!
sumber dari Kosmo : Link

Tuesday, July 12, 2011
Durian belum musim tapi tempoyak dah ada!
Jeles betoi dengar orang di semenanjung dah mula makan durian...alahai kat sini belum pun nampak berbuah, bunga pun ntah ada ntah tidak. Nak balik kampung lambat lagi, pertengahan Ogos, kalau ada rezki sempat lah kot makan durian kat Pahang. Durian oh durian....!!
Tapi dalam pada takde durian berbuah di Beaufort ni, aku dah pun dapat rezeki tempoyak. Heran gak kan, camner durian belum berbuah tapi tempoyak dah ada. Tempoyak baru pulak tu...manis lagi rasanya.
Baru-baru ni member pejabat baru balik dari Johor ada bawak tempoyak balik ke sini. Lepas pulak tu tempoyak naik flight. Mujur jugak masa scan pihak kastam tak perasan, kalau perasan sah kena tahan ni. Pandai jugak kawan aku ni menyorokkan tempoyak dari pihak kastam haha. Silap haribulan leh berbau satu kapal tu.
Bila dah ada tempoyak ni mulalah nak buat patin masak tempoyak. Masalah pulak di sini susah nak dapat patin fresh macam kat Pahang. Ermm nampak gayanya tak merasa juga makan patin.

Subscribe to:
Posts (Atom)