Tuesday, May 10, 2016

Tips Menjaga Women’s Bags


Kebanyakkan wanita sering terlupa mengenai soal penjagaan hand bag yang harus diambil serious. Lebih-lebih lagi jika koleksi handbag anda adalah yang kebanyakannya dibeli dengan harga sehingga ribuan Ringgit Malaysia! Penggemar handbags wajib membaca artikel ini dan berikut merupakan beberapa tips menjaga koleksi women’s bags anda;

1. Gunakan produk yang spesifik
Elakkan daripada membasuh atau membersihkan handbag anda dengan menggunakan sabun pencuci biasa atau detergent! Ada beberapa jenis sabun khas yang boleh anda temui di kedai-kedai menjual beg tangan. Penggunaan sabun pencuci biasa boleh merosakkan material hand bag anda.

2. Isi barangan di dalam beg tangan anda
Untuk mengekalkan bentuk asal beg tangan tersebut, and boleh mengisi apa sahaja jenis barangan di dalamnya. Contoh paling mudah adalah dengan menyumbat gumpalan kertas suratkhabar lama atau kertas tisu.

3. Simpan di dalam dust bag
Anda pasti menerima dust bag setiap kali anda membeli koleksi beg tangan yang baru. Jangan buang dust bag tersebut dan simpan dengan tujuan untuk melindungi beg tangan anda daripada berhabuk.

4. Simpan barangan yang berair di dalam beg kecil
Jika anda ingin membawa losyen atau serum rambut misalnya, jangan terus memasukkan barangan-barangan berair tersebut terus kedalam beg tangan anda. Tetapi simpan di dalam beg yang lebih kecil terlebih dahulu sebelum memasukkan kedalam beg tangan anda. Ini dapat mengelakkan daripada beg anda dikotori cecair tersebut.

5. Simpan beg di dalam kabinet khas 

Jangan gantung beg tangan anda apabila anda tidak menggunakannya untuk mengelakkan daripada pemegang atau tali beg tersebut cepatrosak. Sebaliknya, simpan beg tersebut di dalam kabinet yang khas. 

No comments: