Tuesday, May 10, 2016

Projek Mulberry

Bermula Mei ini nak buat projek tani sikit kat rumah. Mula-mula nak tanam pokok mulberry, banyak khasiatnya tau. Kebetulan belakang rumah ada pokok mulberry tapi tinggi sangat langsung tak berbuah. Mula-mula tak taupun itu pokok mulberry ingat pokok bunga Raya. Secara tak sengaja terlihat sebiji buah mulberry semasa menjemur pakaian. Apalagi Cekwa pun carilah cara-cara nak bagi mulberry berbuah. Rupa-rupanya kena rajin mencantas batang pokok ni.Harap-harap selepas ni berbuah la ya sayang Teringin nak makan buah yang masam-masam manis ni.
Selepas dipotong-potong batang mulberry ni Cekwa rendam semalaman sebelum di tanam semula dalam botol-botol plastik.

Tengok tu dah mula bertunas selepas 3-4 hari.

No comments: