Thursday, July 17, 2014

Diantara Gaza, Felixia, Neelofa, Kiki CDM 25, Pak Cik Sim serta kematian di Bulan Ramadan yang mulia.

Last Cekwa pos kat sini 18 November 2013, maknanya esok genap 8 bulan Cekwa bercuti dari blog ni....Ok harini nak lepak sini kejab...
Tak lama lagi nak raya..Sedih kan...Ramadan tak lama lagi akan berakhir..banyak perkara dan peristiwa berlaku sepanjang Ramadan yang mulia ini. 

Peperangan di Gaza, adus sedihnya bila mengenangkan nasib mereka di sana. Semuga Allah selamatkan mereka yang sedang berjuang.

Gambar dari Google


Begitu juga yang dijemput Ilahi pada bulan Ramadan. Semuga Allah cucuri roh mereka dikalangan orang beriman. Pagi tadi salah seorang kakitangan di pejabat Cekwa juga meninggal. Baru saja semalam bertemu dan masih nampak senyuman dibibirnya, tiba-tiba hari ini sudah meninggalkan kita. Kita belum tau bila saat kita pula akan tiba. Ajal tidak mengenal usia, tidak juga mengenal masa, sama-sama la kita menginsafi diri. 
Ada juga seorang sahabat Cekwa yang mendapat kesedihan di Bulan Ramadan apabila Allah beri petunjuk kepadanya. Kebetulan Cekwa pun ada sama. Pembongkaran sebuah penipuan yang berakhir dengan kekecewaan. Harap dia tabah hadapi dugaan ini. Apa yang berlaku telah mendekatkan dirinya kepada Allah swt. Itulah hebatnya Ramadan.

Bulan Ramadan ini juga kita  menerima saudara baru Rania Felixia yang diberi hidayah oleh  Allah swt untuk memeluk Islam walaupun menerima pelbagai ujian. Ujian dan dugaan juga dapat menguatkan keimanan, semuga terus tabah.
Gambar dari Google

Kita juga mendengar berita artis cantik Neelofa yang mendapat hidayah untuk bertudung sempena Ramadan. Syukur,  cantiknya Neelofa bila bertudung. Mana yang belum bertudung tu bertudung lah kerana ianya kewajipan kita sebagai muslimin. Kalau bertudung tu jaga lah tatacara berpakaian yang sopan sesuai dengan kehendak agama kita.
Gambar dari Google

Isu paling hangat sekarang iaitu CDM25, semua itu hikmah buat Kiki Kamarudin. Itulah dugaan paling hebat yang di terima semuga kemaafan yang telah di buat olehnya membawa seribu makna. Kita sebagai insan cukup-cukuplah menghentam dia, Pak Cik Sim pun dah maafkan Kiki. Itu masa Kiki, masa kita belum tau lagi, apa pula kesilapan kita yang akan dipertontonkan di khalayak ramai di Akhirat nanti..Sama-sama la kita hayati kisah disebalik peristiwa ini...setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Harap selepas ni pihak Digi tunaikan janji untuk baiki kereta Pak Cik Sim dan Kiki ya.

Begitulah sebahagian keberkatan di Bulan Ramadan yang mulia. Syukurlah kita masih dihidupkan, masih sihat untuk beribadat. Segala kesulitan tempuh lah dengan hati yang terbuka, tawakkal. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Akhir sekali, dengan rasa rendah diri , Cekwa juga mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah hatinya terluka andainya ada, maafkan segala kesilapan Cekwa, Amin! 








No comments: