Monday, November 18, 2013

Melawat Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sg Lembing

Sudah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki di Sg Lembing. Terletak lebihkurang 50 km dari Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur. Berkesempatan ke sana semalam sambil menikmati keindahan Sg Lembing yang semakin maju dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara..Salah satu tarikan di Sg Lembing adalah bekas lombong bijih timah.  Sg Lembing merupakan lombong bijih timah terbesar, terpanjang dan terdalam di dunia di sekitar zaman kegemilangannya  pada Tahun 1940-1950.
Pintu masuk ke lombong  dengan kadar bayaran sebanyak RM15.00 dewasa bagi pelancong tempatan sementara pelancong luar sebanyak RM 30.00
Wajah seorang pelombong satu ketika dahulu...

'Lokomotif'  yang digunakan untuk memasuki terowong.


Masuk ke terowong menggunakan 'lokomotif' seterusnya berjalan kaki ke tengah-tengah lombong.

Terasa nyaman dan sejuk bila berada di dalam terowong ini, hasil daripada sistem pengudaraan unik yang dicipta oleh pengusaha lombong ini.

Pengunjung dapat mencuba pelbagai peralatan interaktif yang disediakan. Terdapat juga pelbagai info mengenai sejarah pelombongan.


Contoh-contoh peralatan dan bijih yang dipamirkan  di dalam terowong ini.

Pintu keluar dari terowong.













1 comment:

sukaxplo said...

salam

Best oo tapi koi tak pernah lepas ke sini lagi walau mok asal dari belah sini hehehe

nak jugak laa pergi bila ada masa nanti..warisan kita ni ..koi bangga jadi orang pahang wehh!