Sunday, April 28, 2013

Jalan-jalan Sabah part 2

Sempena Karnival ATM aritu di Teluk Sepanggar dapatlah bawa jalan-jalan tengok kapal, gerai jualan dan pemeran. Kebetulan ada mereka di sinikan, kalau tidak susah juga nak masuk Navy Base ni...


Tu dia...kenderaan ATM, semasa borak-borak dengan pasukan tentera darat ni mereka ni rupa-rupa baru balik bertugas di Lahad Datu...


Mengenali beberapa senjata yang digunakan semasa berperang.....


Ini pulak semasa menaiki Kapal Diraja Mahawangsa .....


Ahad 10.00 pagi keluarga dari semenanjung sudah mahu berangkat pulang...Sedih rasa hati...kena tinggal la sorang-sorang....Cekwa pasti mereka akan datang lagi ke KK ...tak puas bawa mereka jalan-jalan, masa tidak mengizinkan...lain kali kalau nak ke Sabah ni kena seminggu dua baru banyak tempat boleh melawat....banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan terutama semasa makan sayap ayam dalam gelap di Tg Lipat, kebetulan lektrik takde, cuma bertemankan cahaya lilin....romantik je suasana tak sedar 4 pinggan sayap ayam kami bedal..Seronok betul dapat bersama famili macam ni...harap mak ayah dan semua dapat berkumpul lagi di sini........

No comments: